Tarikh : 06 Januari 2021 (Rabu) Masa : 02.30 petang – 05.30 petang Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu Peserta: 10 orang |
Tujuan:
- Untuk memberi pengetahuan kepada pengguna jika menjadi mangsa buli siber atau mengenal mangsa buli di kalangan rakan-rakan, memberi kesedaran kepada komuniti supaya mengamalkan tingkah laku dan etika internet yang baik serta membantu usahawan bagi memilih perniagaan yang mendapat sambutan di kalangan masyarakat serta menjana idea bagi penamaan kedai atau perniagaan.
Aktiviti:
Buli siber yang teruk atau kronik boleh menyebabkan pelbagai kesan negatif kepada masyarakat dan perbuatan buli siber adalah salah di sisi undang-undang. Dalam Advokasi SKMM ini, peserta telah didedahkan tentang keselamatan penggunaan internet dengan tidak berkongsi butiran peribadi seperti foto dan video di internet. Google Trends dan Google Site Listing adalah laman sesawang yang dibangunkan oleh Google bertujuan untuk menganalisis populariti pertanyaan carian teratas dalam Carian Google secara umum. Laman sesawang ini menggunakan infografik untuk membandingkan jumlah carian pelbagai pertanyaan dari masa ke masa. Penggunaan laman sesawang ini amat membantu bakal usahawan serta usahawan sedia ada untuk memilih perniagaan yang mendapat sambutan di kalangan masyarakat serta menjana idea bagi penamaan kedai atau perniagaan yang diusahakan. Peserta turut diajar membuka akaun Google terlebih dahulu bagi memudahkan maklumat carian disalurkan ke akaun tersebut. Sesi soal jawab turut dibuka bagi membantu peserta yang kurang mahir dalam menggunakan laman sesawang ini.