"Wanita harus mengubah paradigma untuk melihat bahawa mereka juga mampu bersama-sama setaraf dengan lelaki dalam semua keadaan. Dalam Islam ketokohan saidatina Khadijah sebagai tokoh korporat dan ahli perniagaan yang berjaya menjadi inspirasi wanita dan lelaki. Tidak kurang juga ketokohan Aisyah sebagai seorang ilmuan dan pakar rujuk kepada sahabat dan keluarga baginda rasul telah membuktikan bahawa Islam meletakkan wanita pada tempat yang tinggi "

 

MAJLIS PERASMIAN HARI KANSER WANITA PERINGKAT DAERAH JELEBU 2016

5 Sept 2016 (Isnin) jam 10.30 pagi bertempat di Bangunan UMNO Bahagian Jelebu, Spg Pertang: Encik Kamarudin bin Awin, Pegawai Khas hadir ke Majlis Perasmian Hari Kanser Wanita Peringkat Daerah Jelebu 2016

  

  

SUMBER : FACEBOOK PUSAT KHIDMAT ADUN KLAWANG

 

MESYUARAT AGONG PERSATUAN IBU-IBU TUNGGAL DAERAH JELEBU

Tarikh : 20 Mei 2016 (Jumaat)

Masa    : 5.30 petang

Tempat: Dewan Yayasan Budi

Agenda: Mesyuarat Agong Persatuan Ibu-ibu Tunggal Dearah Jelebu Kali ke 9

  

  SUMBER : FACEBOOK PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT KLAWANG

SEMINAR WANITA ANTI JENAYAH (WAJA) 

 

Kuala Klawang - Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Sembilan dengan kerjasama Pejabat Daerah & Tanah Jelebu telah menganjurkan seminar Wanita Anti Jenayah (WAJA) pada 3 November 2015 bertempat di Dewan D’SURY Kuala Klawang.

Seminar ini telah dihadiri oleh seramai 250 orang peserta terdiri dari kakitangan kerajaan, badan berkanun, persatuan/kelab, NGO dan JKKK Daerah Jelebu. Aktiviti pameran dari PDRM, Jabatan Penjara, Jabatan Kesihatan, AADK dan pemeriksaan kesihatan turut diadakan.

Program ini dianjurkan bertujuan supaya golongan wanita khususnya dan lelaki amnya dapat mengukuhkan kefahaman mengenai isu keganasan terhadap wanita samada melibatkan perilaku seksual atau keganasan dalam rumah tangga.

Tiga slot ceramah telah di bentangkan. PDRM – Situasi Semasa & Keganasan Terhadap Wanita, Pro Rev Consultancy & Services – Perisai Buat Wanita dan Jabatan Kebajikan Masyarakat – Bual Bicara Wanita (Ahli Panel – Ustaz Norazman bin Amat dan En. Airol Irwan bin Limin, Moderator – JKMNS).

ADUN Kawasan Klawang turut hadir untuk menyempurnakan majlis penutup seminar dan penyampaian hadiah. Lain-lain tetamu kehormat yang turut hadir adalah YM Raja Norazli bin Raja Nordin, Ketua Penolong Pegawai Daerah Jelebu mewakili Pegawai Daerah Jelebu dan Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Sembilan.

Adalah diharapkan seminar ini akan memberi maklumat berkaitan dan langkah yang boleh diambil sekiranya terlibat dalam isu keganasan samada secara langsung atau tidak langsung. Penyaluran maklumat yang betul dapat membantu mangsa serta keluarga mangsa mendapat bantuan yang tepat.

SUMBER : Unit MMRK Pejabat Daerah & Tanah Jelebu

WANITA KAMPUNG TERIANG

Antara usaha yang dilakukan oleh kaum wanita Kg.Teriang ialah mengadakan program belajar pelbagai jenis masakan. Ini membolehkan jenis masakan tadi dijual kepada umum tanpa bersaing sama sendiri atau daripada jenis makanan yang sama.

SUMBER : PENGERUSI JKKK KG TERIANG ( EN. JAMALUDIN BIN WAHAB )