PERPUSTAKAAN DESA KAMPUNG TERIANG

 DSCN1369

 

DSCN1364

 

DSCN1359

 Lokasi : Kampung Teriang

 

MAHKAMAH MAJISTRET JELEBU

  

71600 Kuala Klawang, Negeri Sembilan Darul Khusus

No Tel  : 06-61366233

No Faks : 06-6136233

email :    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

KEMUDAHAN MASJID & SURAU DI KG TERIANG

 

 

 

GYM DAERAH JELEBU

 

Gaya hidup sihat melalui pelbagai aktiviti sukan, rekreasi dan riadah mula menjadi keutamaan dan mendapat perhatian serius di kalangan masyarakat di negara ini.Maka tidak hairan jika kini, kerajaan mula mengambil langkah proaktif bagi menerapkan amalan gaya hidup sihat di negara ini termasuk menyediakan kemudahan seperti padang futsal, gelanggang badminton dan Gym Daerah Jelebu.

 

Begitu juga masyarakat di Je­lebu yang menggunakan sebaik mungkin kemudahan disediakan kerajaan iaitu Gym Daerah Jelebu yang telah dibuka sejak 2009. Menurut Pengerusi Kelab Gym Daerah Jelebu, Muhammad Nur Hairizam Mohd. Yusof, langkah kerajaan me­nyediakan gimnasium tersebut telah memberi manfaat yang besar kepada rakyat.

 

Beliau berkata, ma­syarakat perlu pe­ka dalam soal kesihatan mereka kerana badan yang sihat mampu meningkatkan produktiviti dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan. "Kemudahan gimnasium ini ternyata memberi banyak kesan positif terutamanya dalam soal kesihatan me­­mandangkan kekurangan aktiviti fizikal sering menjadi punca penyakit serta mengundang masalah obesiti,” katanya ketika ditemui di Kuala Klawang dekat sini baru-baru ini. Sementara itu, Timbalan Pengerusi kelab berkenaan, Fararuradzi Jalil berkata, sejak gimnasium tersebut mula beroperasi, sambutan masyarakat setempat sangat memberangsangkan. “Tambahan pula, kini kita telah melaksanakan Ladies day pada setiap hari Khamis khusus untuk kaum wanita. “Sambutan yang diterima daripada kaum wanita sangat baik ke­rana ia memberi keselesaan kepada mereka untuk melakukan aktiviti senaman,” ujarnya. Menurutnya, kelab itu turut mengadakan aktiviti lain seperti pertandingan mencipta logo untuk gimnasium itu yang dapat memperkenalkan ia kepada rak­yat. Katanya, pihaknya berharap dapat mengumpulkan komuniti setempat daripada pelbagai bangsa dan latar belakang dan memperhebatkan promosi kesedaran penjagaan kesihatan.

SUMBER : http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/negeri-sembilan

PERKHIDMATAN PERBANKAN DI PEKAN KUALA KLAWANG

 

ALAMAT : 121, JALAN KEYSER,WISMA UMNO, JALAN DATO’ MOYANG SALLEH,

71600 KUALA KLAWANG, NEGERI  SEMBILAN

NO.TEL            : 06-6139397

NO.FAKS          : 06-6137660

 

ALAMAT : 86, TAMAN JELEBU TENGAH, 71600,KUALA KLAWANG, NEGERI SEMBILAN

NO. TEL : 06-6137595

ALAMAT : 128A & 128B, JALAN SYED ALI, 71600,KUALA KLAWANG, JELEBU, NEGERI SEMBILAN

NO.TEL : 06-6136925 , 06-6136926

NO.FAKS : 06-6137110

E-MAIL : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

URL : http://www.pbebank.com

ALAMAT :NO. 201 ,JALAN SIMPANG PERTANG,71600 ,KUALA KLAWANG ,NEGERI SEMBILAN.

NO.TEL : 06-6137022

E-MAIL : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

URL : http://www.bsn.com.my/

SERBA LENGKAP

Tiada yang tidak lengkap di Kampung Kuala Klawang dan sekitarnya. Apatah lagi ia terletak bersebelahan dengan Pekan Kuala Klawang yang menjadi pusat pentadbiran Daerah Jelebu. Dengan segala kemudahan yang lengkap tersedia, penduduk di Kampung Kuala Klawang harus bersyukur dengan apa yang mereka miliki hari ini.

Antara kemudahan yang terdapat di sini ialah Kompleks Pentadbiran Daerah yang menempatkan beberapa badan kerajaan yang memudahkan penduduk setempat membuat sebarang laporan mahupun permohonan.

Bangunan kompleks pentadbiran ini menempatkan hampir semua pejabat-pejabat kerajaan seperti Pejabat Daerah, Pejabat Tanah, Pejabat Agama, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan sebagainya. Pejabat JKR Daerah berada di tingkat dua kompleks ini dan memenuhi keseluruhan ruang sayap kiri kompleks tersebut.

Tiga komponen utama JKR Daerah Jelebu ialah Bahagian Pentadbiran, Bangunan dan Jalan yang bertanggungjawab membantu Pejabat Daerah membangunkan Daerah Jelebu. JKR memainkan peranan sebagai organisasi kerajaan yang bertanggungjawab membina, membaiki dan menaik taraf jalan, jambatan, membina bangunan-bangunan kerajaan seperti sekolah-sekolah, hospital, balai polis, rumah kediaman kerajaan dan sebagainya.

Selain daripada Kompleks Pentadbiran Daerah Jelebu, kemudahan lain juga dapat dinikmati di setiap kawasan yang berhampiran. Dengan adanya jalan raya yang selesa dan pengangkutan awam yang memudahkan pengangkutan penduduk setempat, ia juga memberikan kemudahan kepada pelancong yang datang ke Jelebu untuk sampai ke destinasi pelancongan dengan lebih senang.  

MINI STADIUM KUALA KLAWANG

Mini stadium dengan bumbung podium bercirikan senibina Minangkabau

  Pembinaaan Mini Stadium yang telah siap dibina pada bulan Ogos 2007 bagi menyambut ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-50. Berkonsepkan kesinambungan warisan yang mengekalkan ciri-ciri Minangkabau sebagai imej utama, ia bukan sahaja bakal memberi keselesaan kepada orang ramai malah memberi kebanggaan kepada warga Jelebu di atas pembinaannya.

KAWASAN RIADAH

SIHAT MELALUI SENAMAN DAN BERIADAH

Otak yang cergas bermula daripada badan yang sihat. Salah satu cara yang boleh dipraktikkan untuk mendapatkan anggota badan yang sihat adalah dengan melakukan senaman. Bagi penduduk di sekitar Kuala Klawang, mereka bertuah kerana segala kemudahan beriadah tersedia untuk kegunaan bersama.

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah menyediakan gelanggang pelbagai guna di tengah Pekan Kuala Klawang. Dengan adanya gelanggang ini, sesiapa pun boleh beriadah pada bila-bila masa. Selain daripada gelanggang pelbagai guna, masyarakat di sekitar Kuala Klawang juga boleh bersiar-siar di taman permainan yang terletak berhadapan dengan Perpustakaan Awam Cawangan Jelebu. Malah di sini juga terdapat Padang Awam Majlis Daerah yang sudah siap dibina dan akan dibuka pada bila-bila masa sahaja. Padang ini terletak di tengah-tengah Pekan Kuala Klawang. 

PENGANGKUTAN AWAM

Semua pengunjung yang ingin ke Daerah Jelebu boleh menggunakan perkhidmatan bas awam dan teksi.
* Bas Awam 
Pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan bas awam CityLiner dari Bandar Seremban ke Kuala Klawang dengan menaiki bas dari Terminal 1 di platform bernombor 13, dengan kadar tambang sebanyak RM4.30 dan mengambil masa selama 45 minit untuk sampai ke Pekan Kuala Klawang (Jelebu). Perkhidmatan ini juga meliputi seluruh kawasan iaitu Bandar Kuala Klawang sehingga Pekan Titi. Perkhidmatan bas bermula jam 6.00 pagi sehingga 7.00 malam.
* Teksi 
Perkhidmatan teksi juga boleh didapati di Jelebu bemula jam 8.00 pagi hingga 7.00 malam. Kadar tambang adalah mengikut jauh perjalanan yang dikehendaki penumpang

PERHENTIAN BAS KUALA KLAWANG