PETA JELEBU

Presentation3

                                                         

 

ASAL USUL DAERAH JELEBU

Daerah Jelebu terletak di bahagian timur Negeri Sembilan, bersempadan dengan Pahang dan Selangor. Jelebu boleh dihubungi melalui empat pintu masuk utama iaitu dari Kuala Lumpur melalui Ampang – Ulu Langat – Kongkoi – Kuala Klawang melalui jalan ini ia boleh dihubungi hanya sejauh 90 KM. Jika dari negeri Pahang melalui Simpang Durian ke Kuala Klawang sejauh lebih kurang 48 KM. Dari Seremban ke Kuala Klawang sejauh lebih kurang 37 KM. Manakala dari Jempol – Simpang Pertang – Kuala Klawang sejauh lebih kurang 26 KM.

Jelebu dianggarkan berkeluasan lebih kurang 136,751.49 ha dan jumlah penduduk dianggarkan seramai 43,371 orang. Kawasan pentadbiran meliputi 8 mukim iaitu Klawang, Pertang, Glami Lemi, Kenaboi, Ulu Klawang, Triang Hilir, Ulu Triang dan Peradong.

Jelebu juga terkenal sebagai kawasan lindungan hujan kerana letaknya di dataran tinggi dan jarang menerima hujan berbanding kawasan lain di Negeri Sembilan. Kerana itu tanahnya subur dan terkenal dengan pengeluaran buah-buah tempatan dan penanaman tumbuhan di Jelebu adalah sangat subur.

 

INFO DAERAH KUALA KLAWANG

 Kuala Klawang ialah bandar terbesar bagi daerah Jelebu,N.Sembilan. Sungai Klawang tidak begitu lebar, cuma 2 meter lebar dan kadang-kala airnya kering. Hulu sungai ini dipercayai dari Bukit Hantu. Sungai utama di daerah ini ialah Sungai Triang yang mempunyai tiga cabang utama iaitu Sungai Kenaboi, Sungai Klawang dan Sungai Pertang. Ia juga terletak di kawasan yang paling kering sekali di Malaysia, dan hanya mendapat hujan kira-kira 2000 mm setahun. Bandar ini terletak kira-kira 40 kilometer dari Seremban. Suatu masa dahulu iaitu sebelum abad ke-21, biasanya Jelebu sinomim sebagai kawasan yang sukar dikunjungi, jalannya berliku-liku persis Cameron Highlands.

Namun kini Jelebu telah menjadi jalan pintas ke beberapa kawasan di Batu Kikir, Bahau dan Gemas. Jalan berliku telah tiada lagi. Jalan-jalan yang berbentuk U telah diluruskan memendekkan perjalanan likuan dari 15 km kepada 8 km sahaja. Jelebu makin mudah didatangi. Selain melalui Bukit Tangga dari arah Seremban, Jelebu boleh dimasuki melalui Segenting Pras yang boleh keluar di Ampang, Hulu Langat, dan melalui Kuala Pilah terus ke Batu Kikir dan seterusnya ke Simpang Pertang.Jelebu dihuni oleh masyarakat majmuk yang majoritinya Melayu diikuti keturunan Cina dan India. Orang Melayu tinggal di kampung-kampung sementara kaum Cina tinggal di bandar Kuala Klawang dan menjalankan perniagaan serta perdagangan.

Oleh kerana Jelebu adalah sebuah daerah pertanian, kebanyakan ekonomi Kuala Klawang adalah berkaitan dengan industri asas tani. Tanaman utama di sini ialah kelapa sawit dan getahserta buah-buahan seperti durian, nenas madu dan buah naga. Durian Jelebu terkenal hingga ke bandar  Seremban,Kajang,Semenyih dan Kuala Lumpur kerana saiznya yang besar dan baunya menyengat , tidak seperti durian Siam. Sebagai bandar utama di daerah Jelebu, beberapa kemudahan penting disediakan oleh kerajaan.

Antaranya ialahMuzium Adat Negeri Sembilan, Kompleks Pentadbiran Daerah Jelebu,Balai Polis Kuala Kelawang, Stadium Kuala Kelawang, Sekolah Menengah Teknik Kuala Klawang,MRSM Kuala Klawang,Hotel Kuala Klawang dan jalan raya besar dari Serembanke Kuala Klawang. Terdapat dua stesen minyak iaitu Petronas dan Shell. Air terjun Jeram Toi menjadi tumpuan penduduk tempatan untuk berkelah. Jalan raya yang bengkang-bengkok dan berliku berhampiran Jeram Toi telah dilurus dan dilebarkan bagi memudahkan penduduk berulang-alik ke Seremban dan sebagainya.

                                                                        SUMBER : https://ms.wikipedia.org/wiki/Kuala_Klawang

 

Kampung yang terdekat dengan PI Kuala Klawang

  • Kampung Petaling
  • Kampung Teriang
  • Kampung Gagu
  • Kampung Larong 

 


 POPULASI PENDUDUK KAMPUNG PETALING

Populasi penduduk Kampung Petaling terdiri daripada 3000 orang penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti bangsa Melayu, Cina dan India. Berikut merupakan jadual peratusan penduduk mengikut kaum :-

JADUAL 2                                                                                                                                           *Statistik terkini Tahun 2016

 

Di samping itu,kebanyakan penduduk kampung ini terdiri daripada pesara, penoreh getah, kontraktor dan juga peniaga. Terdapat 80% daripada penduduk Kampung Petaling ini bekerja sebagai pekebun kecil dan selebihnya merupakan peniaga, suri rumah dan juga peniaga.

                                                                                     SUMBER : PENGERUSI JKKK KG PETALING

 

 


 

POPULASI PENDUDUK KAMPUNG TERIANG

Kampung Teriang adalah sebuah kampung di daerah Jelebu yang terletak 2 km dari pekan Kuala Klawang. Kampung Teriang merupakan salah sebuah kawasan penempatan yang semakin maju dan mendapat pelbagai kemudahan seperti kampung-kampung lain di Negeri Sembilan.

Kampung Teriang terletak dalam kawasan:

jadual 

 

POPULASI JUMLAH PENDUDUK KAMPUNG TERIANG

Picture4 

 

BANGSA / KETURUNAN

Picture6 

 

BILANGAN PENDUDUK MENGIKUT UMUR

KATEGORI UMUR

JANTINA

PEREMPUAN

LELAKI

60 TAHUN KE ATAS

30

21

40 – 59 TAHUN

75

46

18 – 38 TAHUN

120

130

13 – 17 TAHUN

25

40

6 – 12 TAHUN

28

45

00 – 6 TAHUN

14

42

JUMLAH

292

324

JUMLAH PENDUDUK

616 ORANG

 

 

 


 

POPULASI PENDUDUK KAMPUNG GAGU

Mengikut bancian, dianggarkan penduduk Kampung Gagu seramai 349 orang. 100 peratus penduduknya berbangsa Melayu dan terdiri dari etnik Minangkabau. Walaupun Kampung Gagu majoritinya didiami kaum Melayu, namun penduduk di sini masih mengeratkan hubungan silaturahim dengan kaum Cina dan India yang tinggal di kampung-kampung sekitar.

Jenis penempatan penduduk di sini adalah secara berselerak dan penduduk Kampung Gagu masih bekerjasama dengan penduduk sekitar dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan. Penduduk Kampung Gagu mempunyai kenderaan sendiri seperti motosikal dan kereta untuk bergerak ke tempat kerja dan ke bandar-bandar berdekatan. Perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas dan teksi turut disediakan.

Selain itu, nilai murni yang diterapkan oleh penduduk Kampung Gagu seperti tolong-menolong dan sifat bertolak ansur antara penduduk yang wujud menjadi pegangan bagi memelihara perpaduan.

                                                                                                         SUMBER : KETUA JKKK KG GAGU 

 SUMBER:http://jelebu.ns.gov.my/index.php/component/content/article/9-uncategorised/174-senarai-penghulu-mengikut-mukim