PERPUSTAKAAN DESA KAMPUNG TERIANG

 DSCN1369

 

DSCN1364

 

DSCN1359

 Lokasi : Kampung Teriang

 

MAHKAMAH MAJISTRET JELEBU

  

71600 Kuala Klawang, Negeri Sembilan Darul Khusus

No Tel  : 06-61366233

No Faks : 06-6136233

email :    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

KEMUDAHAN MASJID & SURAU DI KG TERIANG

 

 

 

GYM DAERAH JELEBU

 

Gaya hidup sihat melalui pelbagai aktiviti sukan, rekreasi dan riadah mula menjadi keutamaan dan mendapat perhatian serius di kalangan masyarakat di negara ini.Maka tidak hairan jika kini, kerajaan mula mengambil langkah proaktif bagi menerapkan amalan gaya hidup sihat di negara ini termasuk menyediakan kemudahan seperti padang futsal, gelanggang badminton dan Gym Daerah Jelebu.

 

Begitu juga masyarakat di Je­lebu yang menggunakan sebaik mungkin kemudahan disediakan kerajaan iaitu Gym Daerah Jelebu yang telah dibuka sejak 2009. Menurut Pengerusi Kelab Gym Daerah Jelebu, Muhammad Nur Hairizam Mohd. Yusof, langkah kerajaan me­nyediakan gimnasium tersebut telah memberi manfaat yang besar kepada rakyat.

 

Beliau berkata, ma­syarakat perlu pe­ka dalam soal kesihatan mereka kerana badan yang sihat mampu meningkatkan produktiviti dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan. "Kemudahan gimnasium ini ternyata memberi banyak kesan positif terutamanya dalam soal kesihatan me­­mandangkan kekurangan aktiviti fizikal sering menjadi punca penyakit serta mengundang masalah obesiti,” katanya ketika ditemui di Kuala Klawang dekat sini baru-baru ini. Sementara itu, Timbalan Pengerusi kelab berkenaan, Fararuradzi Jalil berkata, sejak gimnasium tersebut mula beroperasi, sambutan masyarakat setempat sangat memberangsangkan. “Tambahan pula, kini kita telah melaksanakan Ladies day pada setiap hari Khamis khusus untuk kaum wanita. “Sambutan yang diterima daripada kaum wanita sangat baik ke­rana ia memberi keselesaan kepada mereka untuk melakukan aktiviti senaman,” ujarnya. Menurutnya, kelab itu turut mengadakan aktiviti lain seperti pertandingan mencipta logo untuk gimnasium itu yang dapat memperkenalkan ia kepada rak­yat. Katanya, pihaknya berharap dapat mengumpulkan komuniti setempat daripada pelbagai bangsa dan latar belakang dan memperhebatkan promosi kesedaran penjagaan kesihatan.

SUMBER : http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/negeri-sembilan