Kolam Pancing Teratak De’Rimba terletak di Kampung Geylang, Pertang, 24 KM daripada pekan Kuala Klawang. Kolam ini baru saja beroperasi pada tahun 2021. Suasana tenang dan damai yang boleh diperolehi disitu amat sesuai bagi mereka yang ingin merehatkan minda. Disini, ada menyediakan perkhidmatan memancing untuk semua peringkat umur. Ikan yang ada disini ialah ikan tilapia, ikan lampan, ikan sembilang dan sebagainya. Untuk anda yang sukakan cabaran, ,kolam ini juga mengadakan ranking mingguan untuk ikan yang paling besar dan berat. Pemenang bakal mendapat hadiah yang lumayan..Bagi anda yang berkeluarga, ini tempat yang sesuai untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama . Disamping boleh memancing, disini juga ada gerai oleh tuan rumah untuk makan dan minum.
Kolam Pancing Teratak De’Rimba merupakan milik Encik Sulan. Beliau mengusahakannya bersama -sama keluarganya.
Untuk tempahan atau maklumat lanjut, boleh hubungi: 014-944 4823
Alamat:No 69, Jalan Kg Geylang Ulu, Kampung Geylang ,72300 Simpang Pertang Jelebu, Negeri Sembilan
Sumber rujukan:
https://www.facebook.com/TeratakDeRimba
https://malaysiaowl.com/company/kolam-pancing-teratak-de-rimba
Jeram Gading Resort terletak di Mukim Kenaboi, 23 KM daripada pekan Kuala Klawang. Nama Jeram Gading diperolehi bersempena dengan gading-gading gajah yang dipercayai banyak ditemui di situ suatu ketika dahulu.Ia dikelilingi oleh hutan hujan tropika dan juga jeram dengan air yang mengalir jernih dan nyaman. Suasana tenang dan damai yang boleh diperolehi disitu amat sesuai bagi mereka yang ingin merehatkan minda.Untuk anda yang sukakan cabaran, Jeram Gading Resort juga turut menyediakkan “jungle trekking” bagi anda menikmati keindahan flora dan fauna yang terdapat di sekitar tempat itu. Malah “trek” tersebut juga boleh membawa anda ke kawasan air terjun yang terletak tidak jauh daripada Resort.Bagi anda yang berkeluarga, ini tempat yang sesuai untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama . Anak-anak anda sudah tentu pasti suka dengan air jeram yang sejuk dan nyaman di samping mendedahkan mereka dengan keindahan serta kepentingan menjaga alam sekitar daripada pencemaran. Jeram Gading Resort juga turut menyediakan chalet bagi mereka yang ingin bercuti disamping merasai suasana bermalam di dalam hutan .Antara aktiviti-aktiviti lain yang sesuai dilakukan ialah Hari Keluarga,Kem Motivasi,Team Building,Outdoor ActivityJeram Gading Resort merupakan milik Majlis Daerah Jelebu dan operator pengendali kepada resort ini adalah Biduanda Holiday Sdn Bhd.
Untuk tempahan atau maklumat lanjut, boleh hubungi: 014-635 9328
Alamat:𝗵𝘁𝘁𝗽𝘀://𝗴𝗼𝗼.𝗴𝗹/𝗺𝗮𝗽𝘀/𝘄𝘇𝟳𝗴𝗤𝗕𝗣𝗙𝘅𝗣𝗩𝗸𝗡𝗗𝗬𝗵𝟳, Jalan kampung Chennah,71650 Jelebu, Negeri Sembilan
Sumber rujukan:
https://www.facebook.com/JeramGadingResort/
https://jeramgading.wordpress.com/about/
JELEBU, Negeri Sembilan mempunyai banyak tempat menarik untuk percutian santai bersama keluarga atau rakan, selain lokasi ini mampu menarik pelancong dan penduduk setempat untuk meneroka kehijauan alam semula jadi di daerah ini khususnya di Jeram Sungai Pah. Untuk ke sana, anda boleh menaiki kenderaan biasa iaitu motorsikal atau kereta. Dari Kuala Klawang, perjalanan ke Jeram Sungai Pah mengambil masa kira-kira 15 minit dengan jarak lebih kurang 10 kilometer sahaja dan anda mudah mengesan lokasi ini kerana Jeram Sungai Pah berdekatan dengan Masjid Kariah Sungai Pah. Memang seronok sebenarnya apabila dapat meraduk air sungai yang masih lagi jernih biarpun dasarnya dipenuhi batu dan pasir sehingga memperlahankan pergerakan di dalam air. Anda pasti terpesona dengan kedamaian alam sekitar dan pemandangan cantik di situ dan jika sesiapa berhasrat untuk menghabiskan masa bersama keluarga, Jeram Sungai Pah dapat memenuhi keinginan anda sekeluarga.
Alamat: Peradong, 71600 Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan
Sumber rujukan:
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.848299918606452.1073741831.100002793546122&type=3
https://www.facebook.com/pages/Jeram-Sungai-Pah/210713079696148
https://malaysiaplaces.net/Jeram-Sungai-Pah-Peradong-202515903151335/
Chalet Damia yang terletak di Kampung Petaseh ini adalah chalet yang berkonsepkan privasi dan chalet ini sangat sesuai untuk beristirehat bersama keluarga. Bagi peminat tegar aktiviti hiking, anda boleh menyertai aktiviti hiking di Bukit Lumut, Petaseh yang terletak berdekatan dengan chalet ini. Di samping dapat menyihatkan tubuh badan, anda dapat menikmati keindahan alam semula jadi. Pengunjung juga boleh menempah masa mandi manda bersama keluarga dan jangan risau, Chalet Damia menyediakan pakej sesi/ slot untuk mandi manda bersama keluarga. Anda boleh tempah slot mandi manda antara jam 8.00am - 12.00pm atau 2.00pm - 6.30pm atau 8.00 pm - 11.00pm. Chalet Damia juga sesuai untuk mengadakan majlis berkonsepkan terbuka. Terdapat juga ruangan BBQ, ruangan santai bebas dan ruangan untuk keluarga melakukan aktiviti sukaneka dan sebagainya. Chalet Damia pasti menggamit memori anda bagi yang berkunjung ke sini.
Untuk tempahan atau maklumat lanjut, boleh hubungi: 016-607 5328
Alamat: Bt 9 ¼, Kampung Petaseh, 71600 Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan
Sumber rujukan: https://www.facebook.com/Chalet-Damia-06427824825519/?ref=page_internal
Bagi peminat aktiviti rekreasi dan jalan lasak, lokasi Lata Dinding atau turut dikenali sebagai Jeram Cermin yang terletak di dalam Hutan Simpan Kenaboi (Taman Negeri Kenaboi), Jelebu, Negeri Sembilan perlu menjadi salah satu pilihan utama dalam pelaksanaan perancangan aktiviti anda. Lata Dinding adalah destinasi yang sangat bertepatan untuk melakukan aktiviti perkhemahan, berkelah dan menghabiskan masa dengan alam semula jadi. Untuk masuk atau berkhemah di Lata Dinding, anda perlu memohon permit yang berharga kira-kira RM5 dari Pejabat Hutan Daerah, Negeri Sembilan. Perjalanan ke destinasi Lata Dinding mengambil masa selama 1 jam perjalanan menaiki kenderaan pacuan empat roda melalui laluan "off road" yang mencabar dan 5 jam jika berjalan kaki. Keindahan dan kedamaian di Lata Dinding ini pasti menggamit anda untuk kembali lagi ke sini dan pengalaman yang tidak mungkin anda lupakan sampai bila-bila.
Alamat: Taman Negeri Kenaboi, Jln Kampung Ulu Kenaboi, 71650 Jelebu Malaysia
Sumber rujukan: