Bukit Sawa terletak di kawasan Peradong, Jelebu, Negeri Sembilan. Kebiasaannya, seawal pagi lagi, hiking crew akan berkumpul di masjid yang terdapat di situ dan menunaikan solat subuh di masjid tersebut. Para guider akan datang ke tempat berkumpul dan memberi sedikit penerangan tentang lokasi hiking dan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil semasa aktiviti dijalankan. Kemudian, barulah peserta bergerak ke starting point dan mendaki hingga ke puncak untuk melihat pemandangan awan carpet yang sangat indah. Inilah keunikan alam yang terdapat di Jelebu..

24989540 174716956447721 1794330983 n 24989698 174716983114385 626874300 n 24992160 174717089781041 2096469753 n

24992507 174717389781011 1339315200 n 25105494 174716869781063 599712730 n 25105871 174717373114346 288762193 n

25114618 174717019781048 1865949658 n 25114669 174717066447710 1703426743 n 25188119 174716969781053 598756564 n

 

Berkunjunglah dan alamilah sendiri. Negeri Sembilan sememangnya destinasi percutian terbaik.

“Negeri Sembilan, Negeri Beradat ".

KEM BUKIT PERJUANGAN

Kem Bukit Perjuangan atau dahulunya dikenali sebagai Kem Rumah Bukit, Chalin dimiliki sepenuhnya oleh Bukit Perjuangan Enterprise yang diuruskan oleh En. Rosmadi Bin Ariff. Pada asalnya, masyarakat sekitar mengenali tempat ini dengan nama Dusun Bakhil, Kem Bukit Chalin dan  Kem Rumah Bukit sebelum ianya ditukar kepada Kem Bukit Perjuangan. Pada pemulaannya, kawasan ini hanyalah merupakan kawasan penternakan kambing dan juga tempat berkumpul kaum keluarga ketika musim cuti persekolahan dan juga musim buah. Beberapa pandangan telah dilontarkan agar kawasan ini dibuka kepada orang lain yang berminat untuk mengalami pengalaman perkhemahan. Oleh sebab itulah, tempat yang asalanya kandang kambing ini dinaiktaraf dengan beberapa kemudahan dan seterusnya dijadikan sebagai salah satu tempat pilihan untuk aktiviti rekreasi. Secara tidak lansung, masyarakat dapat mengalami sendiri suatu pengalaman yang berbeza semasa berada disini.

         

Kem Bukit Perjuangan menyediakan kemudahan:

Picture8


Dari segi aktiviti pula, para pengunjung boleh memilih sama ada untuk melakukan aktiviti darat atau air. Aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah :-

Picture9

 

Makluman lanjut boleh hubungi :

Alamat lokasi :

Kem Bukit Perjuangan Kampung Chalin,

71650  Kenaboi, Jelebu Negeri Sembilan

No. Telefon : 013-6121031(En. Rosmadi Bin Ariff)

Media Sosial : https://www.facebook.com/Kem-bukit-perjuangan-404351933088162/

 

 


 

 

 KEMUDAHAN HOMESTAY DI KG TERIANG

Jika menginginkan percutian suasana kampung yang mendamaikan HOMESTAY INAP DESA UWAN menyediakan dan menawarkan penginapan yang begitu selesa untuk percutian anda.

 HOMESTAY INAP DESA UWAN

 

LOKASI : KAMPUNG TERIANG

NO.TEL : 018-2453505 (ZUL)


 

TITI ECO FARM RESORT

       

Titi Eco Farm adalah satu tempat yang menawarkan anda peluang untuk merasai pertanian mapan dengan memberi peluang dengan mengambil makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran organic di mana ia ditanam bebas dari racun perosak dan bahan kimia. Kebun ini mengambil masa sejam perjalanan dari Bandar Seremban dan 20 minit masa perjalanan dari pekan Kuala Klawang. Ia terletak 1000 kaki dari paras laut dan paling penting bersih daripada pencemaran. Udaranya segar,air mineral didapati dari bawah tanah-selamat untuk diminum dan menyegarkan. Tanaman dan haiwan membesar secara organik dalam persekitaran ekologi  yang seimbang. Penginapan yang disediakan adalah selesa di kelilingi alam semulajadi untuk sebarang aktiviti seperti hari keluarga,percutian syarikat atau yoga. Di sini anda boleh memanjakan diri anda,merehatkan minda,badan dan jiwa bersesuaian dengan persekitaran yang serba lengkap yang membolehkan anda melepaskan diri dari hiruk pikuk kehidupan bandar. Berikut merupakan peta panduan ke Titi Eco Farm Resort.

     

Kami menghasilkan buah-buahan tempatan dan sayuran yang bebas sepenuhnya daripada racun perosak dan bahan kimia. Kebanyakan penghasilan dari kebun kami diedarkan ke kedai organik tempatan dan dibekalkan ke resort kami untuk para tetamu. Bagi menghasilkan kualiti produk organik yang terbaik,kami mengamalkan sikap sifar bahan kimia dan racun perosak. Penghasilan produk kami sangat bergantung pada factor persekitaran seperti kualiti air dan iklim. Hal ini bermaksud pada cuaca yang buruk hasil tuaian adalah rendah,manakala pada cuaca baik hasil tuaian adalah lebih baik.

 


 

KEUNIKAN JERAM BERUNGUT

CHENNAH – Keunikan Jeram Berungut di Hutan Lipur Kenaboi, Jelebu pasti menggamit mata pelancong apabila mereka dihidangkan dengan panorama indah dengan dinding batu yang tinggi sepanjang jeram terbabit. Sekalipun perjalanan hampir sejam dari Taman Alam Liar Jabatan Perhutanan Negeri, kepenatan meredah denai dan sungai tidak terasa apabila pengunjung dapat menikmati kesegaran serta suasana nyaman di Jeram Berungut.

 Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu Negeri, Datuk Mohammad Razi Kail berkata, menjadi hasrat Kerajaan Negeri ingin menumpukan bidang ekopelancongan sebagai daya tarikan pelancong ke negeri ini. “Menerusi produk terbaru ini, akan melengkapkan daya tarikan di Negeri Sembilan yang kaya dengan hutan tropika, pantai bersih, sungai, air terjun dan jeram yang menarik.

“Selain itu, ia turut membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat Orang Asli di daerah ini dalam menjadi pemandu pelancong di kawasan ini,” katanya ketika mengadakan lawatan kerja ke jeram terbabit. Turut dihadiri pegawai jabatan dan agensi berkaitan seperti Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, Jabatan Perhutanan, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Tourism Malaysia Negeri Sembilan.

Menurutnya, khazanah berharga itu seharusnya dimanfaatkan sebaiknya kerana Jeram Berungut akan digilap dan dipelihara Kerajaan Negeri supaya masyarakat turut sama menikmati kesegarannya, sekali gus menarik pelancong ke negeri ini. “Kerajaan Negeri turut merancang mewujudkan sistem tagal untuk pembiakan ikan kelah di kawasan terbabit. “Menerusi tagal itu, ia adalah daya tarikan pelancongan yang baru kepada pelancong yang berkunjung ke Taman Alam Liar berkenaan,” katanya.


SUMBER : https://www.facebook.com/groups/116404651722178/permalink/1234561989906433

 


 

 EMPANGAN ULU GEPU

Salah satu tarikan pelancongan di Jelebu. Empangan Ulu Gepu, Ulu Jelebu, Negeri Sembilan. Sesuai bawa anak-anak mandi manda. Masuk adalah percuma.
Dari arah seremban ikut signboard ke kuala klawang atau bole waze ulu jelebu

  


 

HOTEL KUALA KLAWANG

Hotel Sri Klawang ini telah ditubuhkan  pada 25 September 2008 dan merupakan homestay ke 8 yang di wujudkan di Negeri Sembilan. Jelebu merupakan satu daerah yang cantik dan menarik serta kaya dengan tradisi yang datangnya dari Pulau Sumatera, Indonesia iaitu “ Adat Perpatih “. Adat perpatih merupakan adat yang sebenar mereka amalkan. Daerah Jelebu dikelilingi oleh Hutan Khatulistiwa yang menghijau.

Dengan suasana persekitaran yang mengekalkan alam semulajadi dan budaya Adat Perpatih, Hotel Sri Klawang mempunyai keunikkan untuk menarik pelancong dari dalam dan luar negara untuk sama-sama mengecapi suasana kampung yang masih terpelihara alam semulajadinya dan mengekalkan ciri-ciri tradisinya. Hotel Sri Klawang terletak di Daerah Jelebu, Negeri Sembilan iaitu 78 kilometer dari Kuala Lumpur dan 40 kilometer dari Seremban dengan anggaran masa perjalanan hanya mengambil masa selama 20 minit dari bandar Seremban dan 40 minit dari KLIA.

Untuk sampai ke hotel ini, anda boleh mengambil perkhidmatan teksi sewa dan bas ‘ City Liner ‘ dari Terminal 1 di bandar Seremban. Jika anda ingin memandu sendiri, anda boleh memandu melalui jaringan Lebuh Raya Bukit Tangga sehingga tiba di Pekan Kuala Klawang, Jelebu. Manakala,jika memandu dari Ampang Kuala Lumpur boleh melalui Jalan Genting Press dan terus ke pecan Kuala Klawang. Selain itu, jika anda dari Kuala Pilah anda boleh melalui Simpang Pertang dan dari Karak melalui Simpang Pertang. Setibanya di Pekan Kuala Klawang terdapat banyak papan tanda tunjuk arah yang akan membantu anda untuk mudah sampai ke Hotel Sri Klawang ini.

 

WAKTU PERKHIDMATAN

HARI

SETIAP HARI

WAKTU BEROPERASI

8.00 am - keatas

JENIS

HARI BIASA

HUJUNG MINGGU / CUTI UMUM

BILIK STANDARD

RM 68 SEMALAM

RM 75 SEMALAM

BILIK SUITE

RM 120

RM 135

BILIK MESYUARAT

RM 150 SEHARI /        RM 50 SEJAM

-SAMA-

BILIK SEMINAR

RM 350 SEHARI /        RM 50 SEJAM

-SAMA-

P.A SISTEM

RM 200 SEHARI

-SAMA-

SUMBER : http://www.jelebu.net/

 


 

JERAM KAMPUNG GAGU

Jeram Gagu bakal dibangunkan sebagai pusat rekreasi kepada orang awam

 

Kedinginan dan kejernihan airnya yang sangat menyegarkan serta 

panaroma yang indah dan mendamaikan

 SUMBER : kggagu.blogspot.com

 


 

TARIKAN EKO-PELANCONGAN DI JELEBU

Daerah Jelebu sememangnya terkenal dengan aktiviti ekopelancongan sejak sekian lama dan kini mula menarik kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Jalaluddin Alias berkata, daerah Jelebu mempunyai lokasi alam semula jadi sebagai daya tarikan pelancong.

 “Kita berazam untuk menukar pandangan masyarakat sama ada tempatan atau luar negara memandangkan apabila disebut sahaja pelancongan, kita selalunya lebih menjurus kepada pelancongan yang berunsurkan pantai, air terjun dan sebagainya. Namun sebenarnya, ia telah dipelbagaikan termasuk ekopelancongan yang merupakan salah satu produk yang boleh menjana pendapatan lumayan sama ada kepada negeri, negara mahupun kepada penduduk tempatan itu sendiri,” ujarnya. Beliau ditemui selepas merasmikan Jelebu International Motorcross Invitation 2015 di Jelebu Extreme Park, Jeram Toi, di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS), Baharudin Jali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, Datuk Yunus Rahmat dan Yang Dipertua Majlis Daerah Jelebu, Khairy Maamor. Di Jelebu, Jalaluddin berkata, alam semula jadi yang kaya dengan khazanah alam pasti boleh menyumbang kepada pembangunan ekopelancongan dan kerana itu kerajaan negeri bercadang mengazetkan beberapa kawasan di daerah itu sebagai destinasi ekopelancongan.

“Saya cukup yakin dalam tempoh terdekat ini, kita boleh lihat perkembangan dalam industri pelancongan di Jelebu sebagai tempat yang bakal menjadi tumpuan masyarakat dalam dan luar negara,” ujarnya. Dalam perkembangan lain, beliau mahu mengaitkan aktiviti pelancongan yang sedang rancak di daerah berkenaan dengan trend penghijrahan anak-anak muda di luar bandar ke bandar.

“Masalah yang kita hadapi adalah dari segi populasi masyarakat kampung terutama daerah-daerah di pinggir bandar yang merupakan kawasan yang bakal kehilangan penduduk dari tahun ke tahun. “Oleh itu, kerajaan terpaksa mengambil satu pendekatan melipatgandakan program yang dapat menjana ekonomi dan memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak muda,” katanya.

Beliau yang juga ADUN Pertang berkata, peluang pekerjaan boleh dipelbagaikan dan sektor pelancongan di luar bandar adalah salah satu bidang yang boleh dipergiatkan. “Jika rancangan ini dapat dijayakan, anak-anak muda terutamanya di Jelebu dapat menjadikan daerah ini sebagai tempat tinggal mereka dan mencari pendapatan,” jelasnya.

Seterusnya, kata beliau, beberapa program perlu dirangka dan diperbanyakkan seperti perumahan mampu milik dan perumahan golongan pertengahan untuk mereka tinggal di Jelebu. “Dalam masa sama, kita boleh menarik masyarakat dari luar terutama penduduk Seremban dan Lembah Klang yang bersempadan dengan Kuala Lumpur ke Jelebu. “Namun ia dengan syarat iaitu Jelebu mesti bersedia menampung keperluan mereka terutama ge-nerasi muda,” katanya.  

       

 

 

 


MUZIUM ADAT

 

MUZIUM ADAT MENYIMPAN KHAZANAH NEGER

Industri pelancongan bukan sahaja memberikan pulangan yang lumayan kepada sesebuah negara. Malah ia berjaya membantu meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat. Di Kuala Klawang terdapat beberapa tempat yang boleh dilawati oleh pelancong tempatan mahupun luar negara. Antara lokasi yang menarik untuk dikunjungi tentunya destinasi yang menyimpan pelbagai khazanah sejarah negeri.

Muzium Adat merupakan sebuah muzium yang mengkhususkan aspek kehidupan adat masyarakat Malaysia, bersesuaian dengan imej dan identiti Negeri Sembilan sebagai “Tanah Beradat”. Muzium yang terletak di tengah Pekan Kuala Klawang ini telah dicetuskan idea penubuhannya oleh Yang Berhormat Datuk Seri Utama  Dr. Rais Yatim yang pada ketika itu memegang jawatan sebagai Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Muzium ini telah dirasmikan pada 2 Februari 2008.

Muzium yang menampilkan pelbagai kebudayaan masyarakat di Negeri Sembilan merupakan tempat yang wajib dikunjungi apabila singgah ke Jelebu, Negeri Sembilan. Di sini pengunjung dapat mempelajari dan mengetahui bagaimana Adat Perpatih diaplikasikan di dalam kehidupan seharian masyarakat Minangkabau. Malahan pengunjung juga dapat melihat dengan jelas bagaimana adat melenggang perut, adat perkahwinan dan adat bertandang berlangsung.

Pengunjung juga boleh mendaki tangga Bukit Undang dan mengabadikan gambar di Batu Peringatan Inggeris di samping dapat melihat pemandangan Pekan Kuala Kluang. Selain itu, pengunjung juga boleh mengunjungi Masjid Kuala Dulang yang merupakan masjid tertua di Jelebu. Ia diasaskan oleh Dato’ Nika dan Mudim Khatib Raja, pendakwah dari Minangkabau yang mula menyebarkan dakwah Islam di Jelebu pada kurun ke-16. Masjid ini punya sejarah mistiknya yang tersendiri dan pada asalnya merupakan sebuah bangsal yang menjadi tempat berteduh kedua pendakwah tersebut. Nama masjid ini diambil sempena peristiwa kehadiran dulang berisi makanan yang tidak ketahui siapa yang menghidangkannya. Walau seramai mana jemaah yang datang, makanan di dalam dulang sentiasa mencukupi. Setelah beberapa tahun, dulang itu hilang begitu sahaja.

 

 


 

HOMESTAY KUALA KLAWANG

 

Homestay ini telah ditubuhkan pada 25 September 2008 dan merupakan homestay ke-8 yang diwujudkan di Negeri Sembilan. Jelebu merupakan Daerah yang cantik dan menarik serta juga kaya dengan tradisi yang datangnya dari Pulau Sumatera, Indonesia iaitu “ Adat Perpatih “. Adat Perpatih ini merupakan adat yang sebenar mereka amalkan. Daerah jelebu dikelilingi oleh Hutan Katulistiwa yang menghijau

Dengan suasana persekitaran yang mengekalkan alam semulajadi dan budaya Adat Perpatih, Homestay Klawang mempunyai satu keunikkan untuk menarik pelancong dari dalam dan luar negara untuk sama-sama mengecapi suasana kampung yang masih terpelihara alam semulajadinya dan mengekalkan ciri-ciri tradisinya. Homestay Klawang terletak di Daerah Jelebu, Negeri Sembilan. 78 kilometer dari Kuala Lumpur dan 40 kilometer dari Seremban dengan anggaran masa perjalanan hanya mengambil masa selama 20 minit dari bandar Seremban dan 40 minit dari KLIA.

Untuk sampai ke homestay ini, anda boleh mengambil perkhidmatan teksi sewa dan bas 'City Liner' dari Terminal 1 di bandar Seremban.Jika anda ingin memandu sendiri, anda boleh memandu melalui jaringan Lebuh Raya Bukit Tangga sehingga tiba di Pekan Kuala Klawang, Jelebu. Dari Ampang Kuala Lumpur melalui Jalan Genting Press dan terus ke pekan Kuala Klawang. Dari Kuala Pilah Melalui Simpang Pertang dan dari Karak melalui Simpang Durian. Setibanya di Pekan Kuala Klawang, terdapat banyak papan tanda tunjuk arah yang akan membantu anda untuk mudah sampai ke homestay ini.

Untuk pertanyaan sila hubungi:-

 Fadzli Bin Alias : 019-2731507

Asli Bin Mahat : 06-6134289/012-6069819

Maslaina Binti Abu Bakar : 06-6138292/019-3665486

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Facebook : Homestay Klawang

Website : http://homestayklawang.blogspot.com

 

 


JERAM TOI

                     

             

  • Terletak di Hutan Simpang Berembun 

  • Keluasan 3.4hektar

  • Merupakan hutan dari jenis Dipterokarpa Bukit

  • Terletak sejauh 28km dari Seremban dan 12km dari pekan Kuala Klawang

  • Tarikan utama : Air Terjun 4 tingkat ( Sungai Batang Toi) dan Laluan Tracking menuju Telapak Buruk

  • Terdapat tapak perkhemahan untuk 50 peserta

  • Lengkap dengan kemudahan tandas, surau, bilik persalinan serta 'boardwalk'

  • Terdapat gerai-gerai makanan disediakan untuk peniaga meniaga

  • Terdapat kolam mandi untuk kanak-kanak serta papan lungsur bagi kanak-kanak

  • Aktiviti yang disediakn selain mandi-manda ialah berkelah, trekking, berkhemah, penyelidikan dan sight-seeing.