Destinasi percutian keluarga yang terbaik dan di sinilah anda dapat mempelajari banyak tentang kehidupan dan pengurusan ladang ‘permaculture’, bermula dari pengurusan sisa makanan, pengurusan air, kompos, serta proses penanaman pelbagai jenis pokok dan tumbuhan dan yang pasti anda dapat merasai dan menikmati makanan segar, hasil dari ladang itu sendiri. Pengalaman yang luar biasa untuk semua orang terutamanya mereka yang menjalani kehidupan seharian yang sentiasa sibuk. Menyediakan pelbagai perkhidmatan menarik untuk pengunjung seperti ‘2D1N Family Bonding Program’, ‘Sustainable Farm Design Consultancy’, ‘Sustainable Design Project Management’ dan ‘Permaculture Training’.

Chalin Food Forest adalah tempat yang baik dan sangat disyorkan untuk anda belajar, melihat dan menimba pengetahuan bagaimana membuat makanan anda sendiri dengan mudah dan praktikal pada masa ini di mana pengeluaran makanan dikawal oleh industri dan syarikat yang tidak benar-benar peduli terhadap keselamatan dan kesihatan makanan yang anda makan. Tambahan pula lokasinya tidak jauh dari Kuala Lumpur. Hanya 2.5 jam memandu di sepanjang jalan yang dikelilingi dengan kehijauan. Jika dari Kuala Klawang, hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja untuk sampai ke sana. 

 

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi di talian 019-210 0535 atau ‘ facebook messenger’ di:

https://www.facebook.com/ummumaryam01

https://www.facebook.com/wmridhwan

Bagi maklumat tambahan, boleh layari laman web:

https://permaculturenews.org/2018/03/21/big-city-kuala-lumpur-rural-kampung-chalin-food-forest/

Credit to https://www.facebook.com/chalinfoodforest/

Alamat: Lembah Chalin, Kenaboi, Negeri Sembilan

 

the common House in chalin foodforest 27369224 1963152470672560 6709056155195263934 o 17884500 1800623683592107 4236503413168641683 n

28379109 1974726979515109 4730843150072196223 n 29497341 1990731341248006 4759568340759542696 n 29511370 1991976701123470 4321156364260691682 n

TAMAN NEGERI KENABOI terletak di dalam Hutan Simpan Kenaboi yang merupakan Hutan Dipterokarp Bukit.  Lokasi terletaknya Taman Negeri Kenaboi  ini adalah 63 km dari Kuala Klawang melalui jalan raya Kuala Klawang – Seremban atau 100 km dari Bandar Seremban. Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan pacuan empat roda dari Kuala Klawang. Taman Negeri Kenaboi merupakan unjuran penghujung Banjaran Titiwangsa yang bersempadan dengan Negeri Pahang dan Negeri Selangor. Kaya dengan pelbagai tumbuhan seperti orkid-orkid liar, tumbuhan herba, paku-pakis dan palma.

Kawasan ini mula diterokai pada tahun 1990 oleh penggiat aktiviti lasak 4 x 4 yang melalui Lembah Jemaloi satu ketika dahulu. Kawasan ini pernah dikenali sebagai Rimba Savana Camp Rudi. Keunikan yang  terdapat disini adalah air terjun yang melimpah dari Sungai Kering iaitu anak Sungai Kenaboi yang sering dikaitkan dengan mitos kijang yang cedera dan jatuh di air terjun ini. Terdapat beberapa perkampungan orang asli iaitu Kampung Tohor, Kampung London dan Kampung Nap yang terletak di sekitar Taman Negeri Kenaboi ini.

Antara kemudahan yang ada ialah tandas awam, dewan serbaguna, tapak perkhemahan, pondok rehat, pejabat, tempat letak kenderaan, dewan kuliah, chalet, dorm, kantin dan bilik mesyuarat. Pelbagai aktiviti turut dijalankan di sini seperti  treking ke Jeram Berungut, Air Terjun Lata Kijang serta Lembah Jemaloi; meneroka Gua Harimau serta Gua Batu Bulan; mendaki Gunung Besar Hantu, Bukit Enjin serta Gunung Kecil Hantu dan berkunjung ke Perkampungan Orang Asli. Terdapat spesis-spesis menarik yang ada di Taman Negeri Kenaboi seperti  Haniffa Cyanescens, Bilbophyllum Linearifolium, Corybasholttumii, Dendrobium Rupicolum, Enggang Badak, Buceros Rhinoceros, Takau Hitam Kuning, Sambar Batu dan lain-lain lagi.

 

Alamat            : Pejabat Hutan Daerah, Negeri Sembilan Utara, 71600 Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan.

Tel/Fax            : 06-6136500

E-mail              : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Website           : http://forestry.ns.gov.my/index.php/my/info-jabatan/pelancongan/taman-alam-liar

 

6 71ec6510c6 9 a2d32041de 12 b073ef361e    

14 11347cad70 15 349458d7bd 16 f85dda6e49

300 agrolokaoutdoor 300 agrolokapool 300 agrolokapool1

581656 495826183786277 101124182 n download page1

 

Alamat             : KM 1, Jalan Kuala Aroi Off Jalan Simpang Pertang Bandar Tinggi

                          Kuala Klawang 71600 Jelebu, Negeri Sembilan

No.Tel             : 06-613 6160 / 013-6102087  

 

Kem D'Agroloka menyediakan kemudahan-kemudahan seperti 4 unit dorm (muat sehingga 100 orang), 1 unit rumah (maksimum 12 orang), dewan tertutup, dewan terbuka, dewan makan, surau, tapak perkhemahan, kemudahan rekreasi air, treking serta dikelilingi oleh dusun buah-buahan seperti durian, manggis, rambutan, pulasan, nona, dukong dan lain-lain dan sesuai sebagai tempat untuk berkursus, mesyuarat, hari keluarga, majlis perkahwinan dan aktiviti sukaneka. Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan di sini seperti Jungle / Night Trekking, Survival Course, Abseiling, Rafting, River Crossing, Wall Climbing, Monkey Bar, Belly Crawl dan lain-lain lagi. Dibuka untuk orang ramai sama ada dari Jabatan-Jabatan Kerajaan, NGO, syarikat swasta, IPT, sekolah mahupun keluarga. Kem D'Agroloka juga turut menyediakan fasilitator, jurulatih dan urusetia yang cekap, berkelayakan dan berpengalaman bagi mengendalikan pelbagai aktiviti yang melibatkan pembangunan sahsiah diri. Bayaran yang dikenakan adalah berpatutan dan merangkumi penginapan asrama, makanan minuman dan pengunaan segala peralatan dan kemudahan yang ada. Bayaran tambahan akan dikenakan ketika musim buah-buahan dan jika menggunakan perkhidmatan tenaga terlatih yang sedia ada.

Lokasi rekreasi eksklusif dan privasi ini merupakan perniagaan keluarga. Terletak di tanah berukuran 10 ekar dikelilingi hutan sekitar Sungai Kenaboi, Jelebu, Negeri Sembilan, kira-kira 80km dari pusat bandar Kuala Lumpur.

Mendengar bunyian alam, menikmati panorama indah, serta menghargai setiap ciptaan, Glamping @ Kongkoi adalah lokasi terbaik yang bertemakan persekitaran alam semulajadi dan ia adalah tempat percutian yang sempurna untuk suasana yang mencabar ataupun hanya untuk bersantai.

Diinspirasikan oleh pengalaman yang luas dalam industri kreatif selama hampir 30 tahun dan digabungkan dengan unsur-unsur alam semulajadi, sebanyak 10 buah ‘handcraft chalet’ dibina bagi mereka yang ingin menikmati pengalaman tidur yang berlainan. Selain daripada itu, turut disediakan rumah tamu yang dilengkapi dapur, tempat makan dan anjung untuk beristirehat. Pelbagai aktiviti menarik seperti ‘jamming’, barbeku, kayak dan pelbagai aktiviti alam yang lain turut diadakan disini.

Lokasi ini sangat bertepatan bagi mereka yang ingin menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga atau sahabat handai. Bagi mereka yang ingin mengadakan majlis keraian seperti majlis hari lahir, majlis perpisahan, ‘reunion or gathering’ atau sebagainya, Glamping @ Kongkoi sangat disyorkan. Glamping @ Kongkoi: pilihan yang ternyata unik dan pasti mengujakan anda!!!

Untuk makluman lanjut mengenai maklumat lokasi atau tempahan, boleh hubungi:
Telefon: 019-269 5260
Alamat: Kampung Puom, Titi, 71650 Jelebu, Negeri Sembilan Darul Khusus
Facebook: https://www.facebook.com/glampingatkongkoi/
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Instagram: g.a.kongkoi

Website: 
http://www.glampingatkongkoi.com
https://www.worldpackers.com/locations/glamping-at-kongkoi
https://blog.tourism.gov.my/unleashing-your-inner-wild-th…/…

 

18839267 1578697065497119 1540602421833475052 n 21433221 1680030908697067 1812818227178499864 n 26055571 1794519657248191 5575598492185012827 n

26992749 1827860877247402 5900029663699688596 n 30729827 1919155168117972 8647889995729262998 n 36320152 2008314722535349 3245904848004055040 n

40847118 2122072524492901 5086354160324968448 n 49414179 2313136758719809 3928491806945181696 n 50762633 2328742510492567 1125631686134988800 n

     1     2     3

 

Makam Moyang Salleh

Pada masa Moyang Salleh menjadi Undang Jelebu putuslah perhubungan di antara Jelebu dengan Johor. Jelebu bertukar kepada sebuah luak yang merdeka dan tidak lagi tertakluk di bawah kuasa kerajaan Johor. Zaman Moyang Salleh bin Datuek Matunggang mengandungi banyak cerita lisan, terutama yang layak dikategorikan sebagai lagenda.  

Apabila Sultan Johor mendengar berita kecantikan Seri Banun itu, baginda pun melahirkan hajat untuk meminang si jelita Rembau itu lalu menghantar utusan ke Rembau meminang Seri Banun untuk dijadikan isteri baginda. Tetapi apabila utusan Sultan Johor itu sampai ke Rembau, mereka diberitahu bahawa pinangan Sultan Johor itu tidak dapat diterima kerana Seri Banun telah ditunangkan dengan seorang pemuda di Rembau. Utusan Sultan Johor balik ke Johor lalu mempersembahkan ke bawah Sultan Johor bahawa Seri Banun telah bertunang. Sultan Johor pun murka lalu memerintahkan Orang Kaya Kecil Undang Rembau itu datang menghadap baginda. Undang Rembau enggan mematuhi perintah Sultan Johor dihantarnya seorang anak lelakinya bernama Si Amat menghadap Sultan Johor.

Apabila Si Amat sampai di Johor dia pun menghadap Sultan Johor tetapi beliau serta-merta dibunuh oleh Sultan itu kerana perintah baginda berkehendakkan Undang Rembau datang sendiri ke Johor telah diabaikan. Berita Si Amat dibunuh Sultan itu menggemparkan seluruh Luak Rembau dan luak-luak yang lain. Apabila berita itu terdengar oleh Moyang Salleh di Jelebu beliau berasa amat aib kerana salah seorang undang luak telah dianiaya dan diberi malu bagaikan ‘dipalit arang di muka'. Setelah memaklumkan pendiriannya kepada Orang Kaya Kecil, Undang Rembau, Undang Jelebu itu lalu mengarahkan angkatannya pergi ke negeri Johor dengan membawa empat orang hulubalang gagahnya yang bernama Tok Beruang Hitam, Tok Laut Api, Tok Bauk dan Tok Gagah Lela Perkasa. Tujuan Moyang Salleh ialah hendak menuntut bela seperti yang disebut dalam Adat Perpatih "Cincang mampas, bunuh beri balas".

Akhirnya Moyang Salleh pun sampai di Johor Lama lalu menuju ke istana sultan. Rombongan dari Jelebu itu pada awalnya tidak diperkenankan oleh Sultan Johor. Moyang Salleh terus membawa rakan-rakannya duduk di atas sebuah busut di hadapan istana. Sultan tidak membenarkan juga mereka masuk ke dalam istana. Khabar berkata, pada masa itu juga turunlah hujan tidak berhenti-henti. Sultan Johor hairan melihatkan Moyang Salleh mencampakkan bajunya ke udara dan baju itu terus kembang menjadi payung melindungi mereka daripada hujan. Oleh sebab Sultan Johor takut melihat kesaktian itu baginda pun membenarkan rombongan dari Jelebu masuk dan duduk di Balai Melintang. Baginda masih enggan juga membenarkan mereka masuk menghadap.

Tok Beruang Hitam yang meradang telah memamah-mamah tiang-tiang di istana itu. Tok Laut Api terbatuk-batuk sambil mengeluarkan api berkepul-kepul dari mulutnya. Hingga semua penghuni istana Sultan Johor pedih mata dan cemas. Tok Bauk pula menggoncang-goncangkan istana itu sehingga penghuni istana merasa bagai digoncang gempa bumi. Kerana ketakutan, Sultan Johor lantas meminta supaya Moyang Salleh serta hulubalangnya masuk menghadap. Anehnya, Moyang Salleh tidak pula membangkitkan isu berkaitan pembunuhan Si Amat anakanda Undang Rembau. Sebaliknya Moyang Salleh menyatakan bahawa kedatangannya itu keran menuntut merdeka supaya Jelebu tidak lagi berada di bawah naungan Johor.

Keesokan hari dalam satu pertemuan yang dihadiri oleh Orang Besar-Besar dari Jelebu serta Orang Besar-Besar Johor, Sultan Johor pun mengistiharkan Moyang Salleh menjadi raja dengan gelaran Datuk Mendalika Menteri Akhirul Zaman Sultan Jelebu. Mulai dari itu juga Moyang Salleh tidak perlu menyembah mana-mana raja. Moyang Salleh boleh mengeluarkan perintahnya sendiri dalam wilayah perintahnya di Jelebu dan tidak perlu lagi menerima naungan atau perintah daipada Sultan Johor.

Dari Petikan Buku Jelebak – Jelebu (corat-coret anak kampung)