Chalet Damia yang terletak di Kampung Petaseh ini adalah chalet yang berkonsepkan privasi dan chalet ini sangat sesuai untuk beristirehat bersama keluarga. Bagi peminat tegar aktiviti hiking, anda boleh menyertai  aktiviti hiking di Bukit Lumut, Petaseh yang terletak berdekatan dengan chalet ini. Di samping dapat menyihatkan tubuh badan, anda dapat menikmati keindahan alam semula jadi. Pengunjung juga boleh menempah masa mandi manda bersama keluarga dan jangan risau, Chalet Damia menyediakan pakej sesi/ slot untuk mandi manda bersama keluarga. Anda boleh tempah slot mandi manda antara jam 8.00am - 12.00pm atau 2.00pm - 6.30pm atau 8.00 pm - 11.00pm. Chalet Damia juga sesuai untuk mengadakan majlis berkonsepkan terbuka. Terdapat juga ruangan BBQ, ruangan santai bebas dan ruangan untuk keluarga melakukan aktiviti sukaneka dan sebagainya. Chalet Damia pasti menggamit memori anda bagi yang berkunjung ke sini.

Untuk tempahan atau maklumat lanjut, boleh hubungi: 016-607 5328

Alamat: Bt 9 ΒΌ, Kampung Petaseh, 71600 Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan

Sumber rujukan: https://www.facebook.com/Chalet-Damia-06427824825519/?ref=page_internal

 

150865970 106709338130701 2893498686752819157 n 151009858 106709994797302 6548364653492740492 o 151069988 106431358158499 6423001756571499708 n

151282901 106709318130703 3571043074886713925 n 151801931 106709851463983 5229065932882491613 o 152345114 106710104797291 8735132821873670560 n