Apam Balik Lejen Cheese #madeinjolobu adalah gerai kecil tepi jalan yang terletak di Kampung Titi, Jelebu berdekatan dengan Balai Polis Titi dan tempat perhentian bas. Apa kelainan yang ada pada apam balik ini??Semestinya apam balik ini dimasak apabila ada tempahan daripada pelanggan, adunannya yang pekat menghasilkan apam balik yang tebal, gebu dan lembut tetapi ada sedikit rangup di bahagian luar dan yang pastinya taburan coklat, parutan keju dan susu pekat yang dituangkan ke atas apam balik ini mampu membuatkan anda terliur dengan kesedapannya. Rasanya lemak manis menjadikan menu minum petang anda lebih lengkap lagi. Hanya RM10 sahaja dan anda dapat menikmati limpahan keju dan taburan coklat yang banyak. Jika anda tidak biasa dengan rasa keju dan coklat, pilihan Apam Balik Original dan Apam Balik Crispy turut ada bagi mereka yang memilih padanan perisa jagung, kacang kisar dan gula. Terdapat pelbagai pilihan inti yang mampu menepati rasa anda dan harganya sangat berpatutan. 

 

Untuk tempahan: 018-321 4167

Alamat: No.137, Jalan Belakang, Taman Desa, Titi, 71650 Jelebu, Negeri Sembilan

(Bertentangan dengan kedai Woon Yi Enterprise dan berhadapan dengan Balai Polis Titi)

Masa Operasi: 9:00 pagi - 6:00 petang

Facebook: https://www.facebook.com/hjmaurisdunsanaklejen/

 

66895574 2381709735409987 5179382653740122112 o 69358814 2407584189489208 5547422477258326016 n 69159353 2407584129489214 6976058930690523136 n

72210769 2439133839667576 7803989253670567936 n 54521119 2304099546504340 7891112111219146752 n 69890643 2422572604657033 4209090000442097664 n