Jeram Gading Resort terletak di Mukim Kenaboi, 23 KM daripada pekan Kuala Klawang. Nama Jeram Gading diperolehi bersempena dengan gading-gading  gajah yang dipercayai banyak ditemui di situ suatu ketika dahulu.Ia dikelilingi oleh hutan hujan tropika dan juga jeram dengan air yang mengalir jernih dan nyaman.  Suasana tenang dan damai yang boleh diperolehi disitu amat sesuai bagi mereka yang ingin merehatkan minda.Untuk anda yang sukakan cabaran, Jeram Gading Resort juga turut menyediakkan โ€œjungle trekkingโ€ bagi anda menikmati keindahan flora dan fauna yang terdapat di sekitar tempat itu. Malah โ€œtrekโ€ tersebut juga boleh membawa anda ke kawasan air terjun yang terletak tidak jauh daripada Resort.Bagi anda yang berkeluarga, ini tempat yang sesuai untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama .  Anak-anak anda sudah tentu pasti suka dengan air jeram yang sejuk dan nyaman di samping mendedahkan mereka dengan keindahan serta kepentingan menjaga alam sekitar daripada pencemaran. Jeram Gading Resort juga turut menyediakan chalet bagi mereka yang ingin bercuti disamping merasai suasana bermalam di dalam hutan .Antara aktiviti-aktiviti lain yang sesuai dilakukan ialah Hari Keluarga,Kem Motivasi,Team Building,Outdoor ActivityJeram Gading Resort merupakan milik Majlis Daerah Jelebu dan operator pengendali kepada resort ini adalah Biduanda Holiday Sdn Bhd.

Untuk tempahan atau maklumat lanjut, boleh hubungi: 014-635 9328

Alamat:๐—ต๐˜๐˜๐—ฝ๐˜€://๐—ด๐—ผ๐—ผ.๐—ด๐—น/๐—บ๐—ฎ๐—ฝ๐˜€/๐˜„๐˜‡๐Ÿณ๐—ด๐—ค๐—•๐—ฃ๐—™๐˜…๐—ฃ๐—ฉ๐—ธ๐—ก๐——๐—ฌ๐—ต๐Ÿณ, Jalan kampung Chennah,71650 Jelebu, Negeri Sembilan

Sumber rujukan:

 https://www.facebook.com/JeramGadingResort/ 

https://jeramgading.wordpress.com/about/

 

1 2 3

4 5 6