Kolam Pancing Teratak De’Rimba  terletak di Kampung Geylang, Pertang, 24 KM daripada pekan Kuala Klawang. Kolam ini baru saja beroperasi pada tahun 2021.  Suasana tenang dan damai yang boleh diperolehi disitu amat sesuai bagi mereka yang ingin merehatkan minda. Disini, ada menyediakan perkhidmatan memancing untuk semua peringkat umur. Ikan yang ada disini ialah ikan tilapia, ikan lampan, ikan sembilang dan sebagainya. Untuk anda yang sukakan cabaran, ,kolam ini juga mengadakan ranking mingguan untuk ikan yang paling besar dan berat. Pemenang bakal mendapat hadiah yang lumayan..Bagi anda yang berkeluarga, ini tempat yang sesuai untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama .  Disamping boleh memancing, disini juga ada gerai oleh tuan rumah untuk makan dan minum.

Kolam Pancing Teratak De’Rimba  merupakan milik Encik Sulan. Beliau mengusahakannya bersama -sama keluarganya.

Untuk tempahan atau maklumat lanjut, boleh hubungi: 014-944 4823

Alamat:No 69, Jalan Kg Geylang Ulu, Kampung Geylang ,72300 Simpang Pertang Jelebu, Negeri Sembilan

Sumber rujukan:

 https://www.facebook.com/TeratakDeRimba

https://malaysiaowl.com/company/kolam-pancing-teratak-de-rimba

 1 62

5 3 4