Tarikh  : 12 Januari 2021 (Selasa)
Masa    : 02.30 petang – 05.00 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 15 orang

 

Tujuan:

  • Untuk mendidik pengguna internet supaya bijak menilai dan menganalisis sesuatu maklumat yang diterima, celik fakta serta menentusahkannya dengan sumber rasmi terlebih dahulu dan meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan media sosial sebagai salah satu sumber rujukan pelajaran.

 

Aktiviti:

Pelaksanaan pelbagai inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam usaha membanteras penyebaran berita palsu adalah bertujuan untuk menerapkan amalan “tidak pasti, jangan kongsi” dalam kalangan masyarakat apabila menerima sesuatu maklumat. Peserta turut dibudayakan dengan nilai murni ini dengan mengamalkan perkongsian apa sahaja maklumat yang diterima dengan membuat tapisan terlebih dahulu sebelum menyebarkan info tersebut. Peserta turut diajar menggunakan medium pembelajaran atas talian iaitu Facebook Video bagi mengulangkaji subjek Sains terutamanya kepada pelajar UPSR, PT3 dan SPM. Selain itu, peserta juga diberi maklumat tentang cara-cara untuk memuat turun video-video pelajaran tersebut untuk pembelajaran secara offline melalui sesi soal jawab.

 

Gambar disini