Tarikh  : 18 Januari 2021 (Isnin)
Masa    : 09.30 pagi – 12.30 tengahari
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 5 orang

 

Tujuan:

  • Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet), memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri serta membantu peserta menggunakan aplikasi di internet bagi tujuan pembelajaran dan persidangan video seperti perkongsian ilmu keusahawanan.

 

Aktiviti:

Peserta didedahkan dengan komponen Klik Dengan Bijak dibawah Advokasi SKMM bagi membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Peserta diberi penerangan ringkas tentang laman sesawang Klik Dengan Bijak:  http://www.klikdenganbijak.my/Landing-Page.aspx. Peserta turut juga diajar cara memulakan panggilan video menggunakan aplikasi Google Meet, Microsoft Team dan Zoom sebelum perbincangan secara maya menggunakan video dijalankan. Penggunaan emel dari akaun Google dan Whatsapp Web turut diajar bagi menekan pautan yang diberikan oleh host yang mengadakan persidangan video tersebut. Petugas turut memberi penerangan tentang ciri-ciri yang terdapat dalam aplikasi seperti screen record, microphone, camera dan sebagainya tersebut bagi memudahkan peserta untuk mengendalikan komunikasi melalui video tersebut. Perkongsian maklumat seperti ilmu keusahawanan dapat membantu peserta mendapatkan maklumat lebih tepat dan jelas.

 

Gambar disini