Tarikh  : 22 Januari 2021 (Jumaat)
Masa    : 09.30 pagi – 12.00 tengahari
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

  • Memberi kesedaran di kalangan pengguna mengenai harta intelek (hak eksklusif pemilik hak cipta asli), memberi pengetahuan kepada komuniti tentang salah guna internet yang dijadikan sebagai medium penghasilan dan penyebaran produk cetak rompak, meningkatkan penggunaan aplikasi Dashboard Komuniti dalam kalangan para pengguna serta memberi panduan dalam penulisan emel rasmi yang baik dan professional.

 

Aktiviti:

Para peserta didedahkan dengan asas-asas hak cipta seperti karya-karya yang layak mendapat perlindungan, tempoh perlindungan hak cipta dan sebagainya. Selain itu, peserta juga digalakkan mengawal selia kendiri dalam menggunakan internet dengan tidak membuat salinan hasil kreativiti individu lain serta mengedarkan salinan tanpa kebenaran. Penggunaan Dashboard Komuniti turut dipromosikan oleh petugas bagi menggalakkan para peserta menggunakan aplikasi ini secara mudah di telefon. Petugas telah menyediakan slaid persembahan tentang cara-cara menulis emel rasmi dan edaran slaid telah dibuat menggunakan medium Telegram. Bagi peserta yang kurang memahami kandungan slaid, peserta telah membuat perbincangan secara terus dengan petugas.

 

Gambar disini