Tarikh  : 02 Februari 2021 (Selasa)
Masa    : 9.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

  • Untuk mendidik masyarakat agar menggunakan internet dengan cara yang selamat, menggalakkan masyarakat untuk berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian (online) serta untuk mengukuhkan hubungan komuniti dengan Pusat Internet Komuniti.

 

Aktiviti:

Sasaran khusus Advokasi SKMM ini adalah bertujuan memberi pendidikan kepada masyarakat setempat terutamanya kepada golongan yang paling terdedah dengan jenayah salah laku siber iaitu kumpulan anak muda (kanak-kanak, remaja, belia) dan ibu bapa atau penjaga mereka. Pendedahan komponen Klik Dengan Bijak ini dapat memberi kebaikan serta memberi impak positif kepada komuniti setempat dalam mengekalkan nilai serta budaya bangsa Malaysia. Para peserta pertandingan telah diberi penerangan tentang syarat-syarat penyertaaan dan kriteria-kriteria yang diperlukan dalam pembikinan sesebuah video. Selain dari itu, peserta turut diajar teknik pengambilan video yang baik menggunakan telefon pintar. Peserta didedahkan dengan kaedah menyunting video rakaman sama ada secara online atau offline. Antara aplikasi yang diperkenalkan kepada para peserta adalah perisian Movavi Editor, Filmora dan  Windows Movie Maker. Selesai menyunting video, peserta turut diajar cara memuat naik video tersebut di laman sesawang Facebook dan cara menulis caption yang baik bagi menaikkan Like dan View video tersebut. Pengamalan pematuhan prosedur operasi standard kesihatan awam dari Kementerian Kesihatan Malaysia turut dipraktikkan bagi mengelakkan penyebaran virus Covid-19.

 

Gambar disini