Tarikh : 05 Februari 2021 (Jumaat) Masa : 8.30 malam – 10.30 malam Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu Peserta: 69 orang |
Tujuan:
- Memberi panduan dan tips keselamatan ketika melayari internet, memberi maklumat tentang jenis-jenis buli siber yang sering terjadi di kalangan masyarakat serta kesan-kesannya terhadap individu, mempromosikan dan memberi kesedaran program E sukan dengan lebih meluas, menjadikan PIK tempat asas pembelajaran dan pengembangan E Sukan serta mencungkil bakat dan kreativiti komuniti PIK dalam bidang E sukan
Aktiviti:
Buli siber atau siber buli adalah satu kejadian yang biasa berlaku dan kian meningkat. Insiden sebenar kejadian buli siber tidak diketahui kerana ramai mangsa buli siber tidak tampil untuk mendapatkan bantuan. Penggunaan bahasa dan etika yang salah bukan sahaja mempengaruhi emosi seseorang mangsa, tetapi juga boleh memberi kesan yang lebih buruk seperti hilang keyakinan diri, kemurungan dan sebagainya. Kesedaran awal yang telah diterapkan dalam program Klik Dengan Bijak adalah penting supaya gejala negatif ini dapat dibendung, seterusnya dihentikan dan tidak berulang di masa akan datang. Sesi kelas dari Gamer Influencer diteruskan. Pelbagai perkongsian yang diberikan dari segi teknik pengurusan masa untuk berlatih, cara mendisiplinkan diri, platform-platform yang disediakan jika berminat dalam kerjaya sebagai gamers dan sebagainya. Kaedah Zoom Meeting Online ini telah memudahkan para peserta untuk mendapatkan input yang berguna dan dapat berkongsi idea serta pengalaman semasa memasuki sesuatu pertandingan melaui perkongsian atas talian ini.