Tarikh  : 06 Februari 2021 (Sabtu)
Masa    : 09.00 pagi – 05.00 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 15 orang

 

Tujuan:

  • Untuk membudayakan prinsip-prinsip rukun negara dalam penggunaan internet seharian, untuk menggalakkkan pengguna sentiasa berwaspada dengan maklumat yang tersebar, mempromosikan dan memberi kesedaran program E sukan dengan lebih meluas, menggalakkan penglibatan komuniti dalam E sukan dan menjadikan PIK tempat asas pembelajaran dan pengembangan E Sukan serta mencungkil bakat dan kreativiti komuniti PIK dalam bidang E sukan.

 

Aktiviti:

Pusat Internet Komuniti berperanan dalam menyematkan amalan pembudayaan prinsip-prinsip rukun negara di kalangan peserta dalam penggunaan internet yang berhemah dan beretika. Peserta melayari laman sesawang inisiatif-inisiatif advokasi di bawah anjuran SKMM bagi memudahkan pemahaman para peserta. Selain itu, petugas mengambil peluang mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di PIK. Pendedahan mengenai potensi permainan digital yang dilihat memangkin masa depan cerah seiring perkembangan pesat ekonomi digital sekarang ini. Pusat Internet Komuniti telah mengambil inisiatif dengan menyokong pertumbuhan industri e-sukan terutama permainan digital atas talian yang mencatatkan pulangan memberangsangkan selain menjana kreativiti dan potensi diri di kalangan peserta. E sukan adalah keperluan masa hadapan, penerapan kemahiran yang membangunkan sektor kandungan dan teknologi kreatif, sekali gus membawa pertumbuhan memberangsangkan kepada sektor animasi, kesan visual, media baru serta sektor permainan digital. Penganjuran Pertandingan Mini e-Sukan Pusat Internet Komuniti 2021 di Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang telah memberi peluang kepada peserta tempatan dalam menimba pengalaman dan mendalami proses pembelajaran bagaimana sistem pertandingan ini diadakan. Sambutan yang menggalakkan daripada peserta telah memperkenalkan Pusat Internet Komuniti dan perkhidmatannya luar dari lingkaran komuniti setempat.

 

Gambar disini