Tarikh : 12 Februari 2021 (Jumaat) Masa : 09.00 pagi – 10.30 pagi Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu Peserta: 15 orang |
Tujuan:
- Untuk memupuk kesedaran kepada peserta dalam penggunaan kandungan internet secara positif di kalangan masyarakat serta untuk meraikan para peserta yang memberi sokongan terhadap penganjuran pertandingan oleh Pusat Internet Komuniti.
Aktiviti:
Petugas menayangkan pelbagai video advokasi SKMM serta memberi sedikit penerangan tentang inisiatif-inisiatif yang dijalankan oleh SKMM seperti Klik Dengan Bijak, Mobile E-Waste, Check Your Label dan Sebenarnya.my. Seterusnya, majlis dimulakan dengan bacaan doa supaya majlis diberkati dan diikuti ucapan dan kata-kata semangat dari Pengerusi MPKK Kampung Teriang. Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah dijalankan dalam suasana yg sederhana dan semua pengunjung telah mematuhi SOP yang telah ditetapkan dengan mengamalkan penjarakan yang selamat dan juga pengggunaan pelitup muka dan hand sanitizer.