Tarikh  : 12 Februari 2021 (Jumaat)
Masa    : 10.30 pagi – 12.00 tengahari
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

  • Untuk mendidik masyarakat agar menggunakan internet dengan cara yang selama serta untuk meraikan para peserta yang memberi sokongan terhadap penganjuran pertandingan oleh Pusat Internet Komuniti.

 

Aktiviti:

Tayangan video advokasi SKMM telah diadakan serta petugas mengambil peluang dalam memberi sedikit informasi  tentang inisiatif-inisiatif yang dijalankan oleh SKMM seperti Klik Dengan Bijak, Mobile E-Waste, Check Your Label dan Sebenarnya.my. Seterusnya, majlis dimulakan dengan bacaan doa supaya majlis diberkati dan diikuti dengan ucapan dan kata-kata semangat dari Pengerusi MPKK Kampung Teriang. Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah dijalankan dalam suasana yang sederhana dan semua pengunjung telah mematuhi saranan dari Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu dengan mengamalkan penjarakan yang selamat, mengimbas maklumat diri menggunakan MySejahtera dan juga pengggunaan pelitup muka dan hand sanitizer.

 

Gambar disini