Tarikh : 08 Mac 2021 (Isnin) Masa : 02.30 petang – 05.30 petang Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu Peserta: 10 orang |
Tujuan:
- Untuk memberikan pendidikan tentang kaedah kitar semula e-sisa secara selamat dan beretika, memberi kesedaran tentang pemuliharaan alam sekitar dan mengelakkan pencemaran, memberi panduan serta asas menggunakan telefon pintar dalam merakam gambar serta memperkenalkan perisian Android yang sesuai untuk mengedit gambar.
Aktiviti:
E-sisa atau E-waste adalah perkataan yang digunakan di seluruh dunia dan masalah e-waste ini masih lagi tidak dapat ditangani malah, masalah pembuangan e-waste ini semakin meningkat di serata pelusuk dunia. E-waste atau juga dikenali sebagai e-sisa adalah bahan buangan atau sisa elektrik dan elektronik yang tidak lagi digunakan. Berdasarkan saranan MCMC, petugas mengambil peluang untuk memberi input tentang kaedah pelupusan elektronik yang sebetulnya seperti pusat pengumpulan barang yang perlu lupus seperti di Pusat Internet Komuniti. Seterusnya, petugas berkongsi video dari saluran Youtube yang terkenal seperti Berani Buat tentang ilmu serta teknik asas perakaman gambar sama ada orang atau produk dengan menggunakan telefon pintar. Selain itu, petugas turut memberi cadangan aplikasi yang mudah untuk mengedit gambar seperti Snapseed, Prisma Photo Editor, Adobe Photoshop Express, Foodie dan sebagainya. Perkongisan ini dapat membantu peserta untuk menghasilkan gambar produk yang berkualiti dan menarik.