Tarikh : 14 Mac 2021 (Ahad) Masa : 9.30 pagi – 12.30 tengah hari Tempat : Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu Peserta : 10 orang |
Tujuan :
- Untuk menguar-uarkan Portal SEBENARNYA.MY bagi menyemak sebelum berkongsi berita yang tidak ditentukan kesahihannya, untuk memastikan masyarakat menerima berita yang benar-benar sahih , untuk menyampaikan ilmu asas tentang membina logo produk bagi tujuan pengiklanan perniagaan serta untuk memudahkan pelanggan mengenalpasti produk jualan para usahawan tersebut
Aktiviti :
Petugas mengambil peluang untuk memperkenalkan laman sesawang https://sebenarnya.my kepada para peserta. Dengan adanya portal ini diharap gejala penularan berita palsu dalam talian yang boleh memberi kesan kepada masyarakat dan negara, dapat ditangani dengan berkesan. Pengguna laman sesawang juga boleh merujuk portal sebenarnya.my sekiranya mereka ragu-ragu dengan sebarang laman web kerana portal itu dibangunkan bagi menangani masalah penularan berita palsu di negara ini. Seterusnya, peserta didedahkan dengan ilmu keusahawanan iaitu asas penciptaan logo produk secara atas talian dan dapat ianya dapat diakses secara percuma. Laman sesawang: https://labeley.com ini sangat mudah digunakan dan peserta dapat membuat pelbagai rekaan grafik yang menarik bagi setiap ciptaan logo yang dihasilkan dan sesuai dengan kegunaan pelbagai peringkat umur. Laman sesawang Dashboard Komuniti: http://dashboard.pjk.com.my/#/home/myshop/site-products adalah salah satu platform untuk peserta mengemaskini profil perniagaan dengan memuat naik rekaan logo yang terkini.