Tarikh : 20 Mac 2021 (Sabtu) Masa : 9 pagi – 12.00 tengah hari Tempat : Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu Peserta : 2 orang |
Tujuan :
- Untuk memberi kesedaran tentang kesan pembuangan e-sisa elektronik secara tidak terkawal serta mengikuti pembelajaran asas rekaan permainan mobile, peralatan sokongan, demonstrasi dan lain-lain secara atas talian
Aktiviti :
Peserta diperkenalkan dengan penggunaan kotak pengumpulan e-sisa mudah alih yang terdapat di Pusat Internet Komuniti. Antara barang-barang yang boleh dilupuskan adalah peranti mudah alih terpakai, bateri terpakai serta aksesori terpakai. Selain itu, peserta turut melayari laman sesawang https://mobileewaste.mcmc.gov.my bagi menambahkan lagi pemahaman peserta. Seterusnya, peserta mengikuti kelas secara atas talian iaitu Zoom Meeting. Pihak Innovative Learning Network (ILN) telah mengadakan Kelas Online Berbayar bagi memberi kemudahan kepada komuniti setempat untuk mendapatkan serta meningkatkan kemahiran ICT. Selain itu, peserta dapat menambahkan lagi pengetahuan dalam mendalami selok-belok dunia permainan atas talian ini. Pendedahan ilmu seperti Game Design, Graphic Design Editing, Audio Editing, Effect and Animation Insertion, 3D model, Programming dan UI Design memberi gambaran dan idea kepada peserta tentang pembuatan permainan mobile ini.