Tarikh : 6 April 2021 (Selasa) Masa : 9.30 pagi – 12.30 tengah hari Tempat : Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu Peserta : 10 orang |
Tujuan :
- Untuk memberi kesedaran kepada pengguna agar menjaga keselamatan diri semasa melayari internet, untuk mengawal selia kendiri pengguna internet dalam penggunaan bahasa yang baik dan sebarkan maklumat dari sumber yang sahih serta untuk membantu peserta dalam membuat pendaftaran murid tahun 1 secara atas talian
Aktiviti :
Peserta telah didedahkan dengan panduan keselamatan melayari internet. Dalam komponen ini, peserta perlu mengawal tingkah laku serta menjaga keperibadian ketika melayari internet. Amalan kawal selia kendiri dan berinteraksi secara berhemah dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku seperti buli siber, penipuan kewangan dan sebagainya. Seterusnya, petugas membantu peserta dalam mengisi maklumat berkaitan murid di laman sesawang https://public.moe.gov.my. Perkhidmatan ini juga membolehkan pengemaskinian maklumat profil anak dan ibu bapa/ penjaga bagi anak yang sudah bersekolah serta ibu bapa/ penjaga boleh memantau kehadiran anak-anak ke sekolah. Selain itu, peserta turut diajar untuk membuka akaun Gmail bagi kemudahan menerima dan menyimpan maklumat secara atas talian.