Tarikh   : 7 April 2021 (Rabu)
Masa     : 2.30 petang – 4.30 petang
Tempat : Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta : 10 orang

 

Tujuan :

  • Memberi kesedaran bahawa golongan kanak-kanak dan remaja sering menjadi mangsa antun ini, memberi pendedahan dalam mengenal pasti pemangsa ini serta mengawal penggunaan teknologi di kalangan kanak-kanak serta memperkenalkan platform perkhidmatan digital Tabung Haji serta membantu dalam membuat pendaftaran kali pertama

 

Aktiviti :

Dalam konteks dunia jenayah maya, Online Grooming atau penyantunan dalam talian, ia bermaksud pemangsa mencari mangsa untuk dijadikan mangsa jenayah seksual terutamanya golongan kanak-kanak. Perlahan-lahan kanak-kanak itu diajar untuk membuang rasa malu dan menganggap suatu perlakuan itu adalah normal dan tidak salah, walhal ia sebenarya suatu kesalahan dan tidak wajar dilakukan sama sekali. Petugas membantu peserta dengan menyediakan informasi yang berkaitan masalah hubungan dalam talian ini supaya perkara ini terjadi kepada kanak-kanak. Selalunya pemangsaan ini berlaku dengan telefon pintar dan tugas golongan dewasa dalam mengecam antun atau perkara yang mencurigakan jika terjadi pada kanak-kanak tersebut. Seterusnya, petugas memperkenalkan THiJARI iaitu sebuah rangkaian perkhidmatan digital Tabung Haji yang mula beroperasi setahun yang lepas. Ia merupakan platform dalam talian bagi perkhidmatan yang disediakan oleh Tabung Haji seperti semakan akaun, mencetak penyata akaun, pindahan wang, perkhidmatan Haji dan Kelab TaHa secara dalam talian kepada pelanggan Tabung Haji. Laman sesawang www.thijari.com.my boleh diakses di komputer dan telefon pintar. Cara pendaftaran sangat mudah dan hanya memerlukan pengguna memasukkan butiran maklumat peribadi dan akaun Tabung Haji sahaja. Platform ini dapat memudahkan pengguna tanpa perlu pergi ke kaunter. Ruang soal jawab turut dibuka bagi membantu peserta yang kurang memahami kaedah pengisian secara atas talian ini.

Gambar disini