Tarikh : 4 Mei 2021 (Selasa) Masa : 9.30 pagi – 12.30 tengah hari Tempat : Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu Peserta : 10 orang |
Tujuan :
- Memberi kesedaran kepada pengguna supaya memeriksa terlebih dahulu label MCMC pada peranti serta untuk mencetuskan idea kreatif kepada peserta dalam menjadikan label perniagaan lebih dikenali
Aktiviti :
Advokasi SKMM ini dapat memastikan para pengguna membuat pembelian peralatan komunikasi dan wireless perlu mempunyai label MCMC. Label MCMC menunjukkan peralatan tersebut selamat dan mematuhi standard yang ditetapkan oleh MCMC di setiap peralatan komunikasi dan wireless yang dibeli. Dengan adanya label MCMC, keselamatan pengguna semasa menggunakan peranti elektronik adalah lebih terjamin. Kelas membuat logo secara asas dimulakan dengan perkongsian video Business Logos - How to Create One in Minutes menggunakan aplikasi atas talian Brandcrowd. Peserta disyorkan untuk mengkaji serta meneliti logo pesaing lain dalam industri yang peserta ceburi terlebih dahulu dan peserta perlu berfikir di luar kotak dalam menghasilkan logo perniagaan yang seunik mungkin serta menonjol dan mampu menarik minat pelanggan untuk mengenali produk peserta. Laman sesawang https://www.brandcrowd.com/logo-maker dapat membantu peserta sama ada peserta memerlukan logo kecantikan, logo untuk perniagaan harta tanah atau bahkan logo untuk permulaan perniagaan baru, laman ini dapat membantu peserta menghasilkan reka bentuk logo dalam beberapa saat sahaja. Peserta turut membuat perbincangan dengan petugas bagi memudahkan pemahaman peserta dalam menggunakan aplikasi ini.