Tarikh   : 6 Mei 2021 (Khamis)
Masa     : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat : Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta : 10 orang 

 

Tujuan :

  • Untuk memberi kesedaran kepentingan kaedah pelupusan e-sisa yang betul bagi menjamin kesejahteraan alam sekitar, untuk memperkenalkan PIK sebagai salah satu tempat pengumpulan e-sisa serta untuk memahirkan peserta dalam proses dokumentasi yang lebih professional dan teratur

 

Aktiviti :

Mobile e-Waste secara khusus merujuk kepada apa-apa sisa yang dijana daripada peranti berasaskan SIM seperti telefon mudah alih, telefon pintar, tablet dan phablets bersama-sama dengan pengecas dan aksesori. Peranti mudah alih perlu dilupuskan dengan kaedah yang betul dan komponen berbahaya yang terdapat dalam peranti elektronik tersebut boleh memudaratkan kesihatan dan mencemarkan alam sekitar jika dibuang sewenang-wenangnya. Kempen ini adalah memberi kesedaran kepada peserta supaya meletakkannya ke dalam kotak pengumpulan Mobile e-Waste di tempat terpilih dan pihak berwajib akan jalankan proses kitar semula secara berhemah. Seterusnya, latihan asas keusahawanan dijalankan. Dengan hanya menggunakan Microsoft Word, peserta boleh membuat rekaan asas (basic) untuk syarikat/perniagaan sendiri dan kaedah ini tidak menggunakan teknik-teknik yang kompleks, sangat mudah difahami dan masa penghasilan letterhead ini lebih singkat. Sebelum memulakan sesi aktiviti ini, petugas memberi sedikit panduan bagaimana untuk pemula menggunakan tools yang terdapat dalam Words. Petugas memberi tugasan ringkas bagi memahirkan peserta dalam menggunakan fungsi-fungsi yang terdapat dalam Microsoft Office ini serta melatih peserta untuk membuat taipan teks ringkas. Sesi perbincangan turut diadakan bagi peserta yang kurang cekap dengan penggunaan Microsoft Words ini.

Gambar disini