Tarikh : 19 Mei 2021 (Rabu) Masa : 10.00 pagi – 01.00 petang Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu Peserta: 15 orang |
Tujuan:
- Untuk meningkatkan tahap kesedaran para peserta supaya lebih berhati-hati dalam membuat perkongsian di alam maya, untuk mendidik peserta supaya lebih bijak internet dan minda yang lebih terbuka serta untuk membantu peserta dalam menghasilkan slogan perniagaan yang kreatif dan unik.
Aktiviti:
Lebih banyak yang anda kongsi, lebih tinggi risiko yang anda akan hadapi! Banyak pengajaran yang terkandung dalam video pendek Klik Dengan Bijak: Berkongsi Secara Berlebihan yang dikongsikan oleh petugas di pautan https://www.youtube.com/watch?v=XjpZjPZlMBU. Banyak akibat dan kesannya jika semua perkara dikongsikan di media sosial. Advokasi SKMM ini telah meningkatkan tahap kesedaran para peserta supaya lebih berhati-hati dalam membuat perkongsian di alam maya selain mendidik peserta supaya lebih bijak internet dan minda yang lebih terbuka. Seterusnya, petugas turut berkongsi idea untuk penjanaan slogan perniagaan yang kreatif dan unik. Peserta perlu membuat sedikit kajian terhadap jenama-jenama yang terkemuka seperti Nike (Just Do It), Apple (Think Different), KFC (Finger Lickin’ Good) dan sebagainya dalam mencari inspirasi untuk membuat slogan perniagaan sendiri. Laman sesawang https://www.shopify.my/tools/slogan-maker sangat membantu para peserta dalam proses membina idea ini bagi menarik minat lebih ramai pelanggan. Hanya memasukkan beberapa patah perkataan dan pelbagai pilihan cadangan slogan yang terbaik akan dipaparkan. Selepas itu, peserta turut diajar menggunakan aplikasi atas talian iaitu https://www.canva.com/create/quote-posters/ bagi memaparkan slogan yang direka dalam template bergambar.