Tarikh : 04 Jun 2021 (Jumaat) Masa : 10.00 pagi – 01.00 petang Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu Peserta: 10 orang |
Tujuan:
- Untuk memberi kesedaran kepada komuniti akan kesan negatif kepada reputasi seseorang atau organisasi serta kemudaratan akibat penyebaran maklumat yang tidak benar kepada masyarakat serta untuk memberi asas teknologi maklumat secara atas talian dalam membuat promosi pengenalan produk melalui pembikinan video.
Aktiviti:
Setiap hari, setiap masa dan setiap ketika tanpa kita sedari, kita dihujani dengan berita palsu. Janganlah kita yang menjadi penyebarnya. Penyebaran berita palsu menggangu kehidupan sosial, ekonomi dan keselamatan negara kita,. Kawal emosi, hentikan penularan berita palsu dan sayangi negara kita. Maklumat palsu adalah maklumat yang disebarkan tanpa kesahihan serta bukti yang sah. Semak dahulu kebenaran sesuatu cerita di portal Sebenarnya.my sebelum berkongsi. Selain itu, petugas turut menerapkan nilai-nilai murni kepada peserta seperti rasa kebertanggungjawaban dalam membuat sebarang perkongsian serta memastikan sumber maklumat yang diperolehi adalah dari rujukan yang sahih. Seterusnya, petugas berkongsi input menggunakan aplikasi atas talian iaitu clideo.com. Aplikasi ini sangat mudah digunakan bagi golongan pemula, video yang dihasilkan lebih kreatif sama ada menggunakan rakaman klip video atau gambar yang menarik. Dengan kaedah ini, peserta dapat menggabungkan file serta dapat memotong keratan video yang ingin dipilih, menambahkan kesan crossfade, memilih resolusi dan jenis format video output yang diperlukan. Paling menarik, peserta dapat memasukkan lagu kegemaran dalam video ini. Kaedah pengenalan produk melalui video dapat membantu pemahaman pelanggan untuk lebih mengenali produk tersebut serta mudah digunakan di pelbagai platform media sosial. Peserta turut berinteraksi dengan petugas dalam membuat latihan menghasilkan video menggunakan clideo.com ini.