Tarikh  : 18 Jun 2021 (Jumaat)
Masa    : 10.00 pagi – 01.00 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

  • Untuk memberi kesedaran kepada komuniti akan kaedah pelupusan peranti elektronik secara berhemah dan kepentingan dalam memelihara kesejahteraan bumi serta untuk membantu peserta dalam menghasilkan laporan perniagaan yang lebih sistematik, mudah dianalisisi dan kemas.

 

Aktiviti:

Mobile e-Waste secara khususnya merujuk kepada apa-apa sisa yang dijana daripada peranti berasaskan SIM seperti telefon mudah alih, telefon pintar, tablet serta phablets bersama-sama dengan pengecas serta aksesori. Peranti mudah alih tidak boleh dilupuskan dengan cara membuangnya begitu sahaja kerana ia mengandungi komponen berbahaya yang boleh memudaratkan kesihatan dan mencemarkan alam sekitar. Cara terbaik untuk mengitar semula telefon atau peranti elektronik adalah dengan meletakkannya ke dalam kotak pengumpulan Mobile e-Waste di tempat terpilih dan pihak tertentu akan menjalankan proses kitar semula secara berhemah dan lebih mesra alam. Perkongsian maklumat melalui saluran Youtube Mobile e-Waste MY di laman sesawang https://www.youtube.com/watch?v=K62ANavtpwc adalah salah satu inisiatif MCMC dalam memberi kesedaran kepada komuniti untuk mengitar semula dan memelihara alam persekitaran. Seterusnya, petugas berkongsi ilmu dengan peserta berkaitan kaedah membuat formula mudah dan pivot table menggunakan Microsoft Excel. Petugas menjadikan rujukan dari saluran Youtube Jendela Tutorial di laman sesawang https://www.youtube.com/watch?v=aA4AG1LCG0M dalam menghasilkan laporan kewangan atau pengumpulan data hasil belian serta jualan produk yang banyak secara lebih tersusun dan mudah difahami dalam masa yang singkat. Pivot Table adalah ciri Microsoft Excel yang paling kuat yang membolehkan pengguna mengambil maklumat dengan cepat dari set data yang besar serta dapat digunakan sebagai alternatif analisis data yang berkaitan dengan pengelompokan dan penjumlahan data dengan lebih tepat dan cepat mengikut klasifikasi kategori yang kita bina. Selepas itu, peserta dapat membuat formula ringkas bagi mendapatkan jumlah produk jualan serta keuntungan dari Pivot Table. Petugas membantu peserta dalam mengenal pasti tools/ function yang terdapat dalam Excel bagi memudahkan proses pembelajaran.

 

Gambar disini