Tarikh : 18 Julai 2021 (Ahad) Masa : 02.00 petang – 03.00 petang Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu Peserta: 20 orang |
Tujuan :
- Untuk memberi kesedaran serta mendidik pengguna bahawa peranti elektronik yang tiada label MCMC adalah salah dan boleh membahayakan keselamatan diri dan orang lain serta untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih santai disamping dapat membentuk minat para peserta untuk menceburi bidang teknologi.
Aktiviti :
Label MCMC adalah tanda kelulusan bagi semua peralatan komunikasi tertakluk kepada undang-undang yang telah diperuntukkan. Program kesedaran ini adalah untuk mendidik pengguna bahawa peranti elektronik yang tiada label MCMC adalah salah dan boleh membahayakan keselamatan diri dan orang lain. Selain itu, alat komunikasi tersebut berkemungkinan adalah palsu dan boleh mengganggu frekuensi dalam perkhidmatan komunikasi. Selepas itu, petugas memulakan slot seterusnya. Pembelajaran asas pengaturcaraan adalah salah satu cabang topik sains komputer. Pelbagai aplikasi harian yang wujud pada masa kini seperti membuat permainan atas talian dan lain-lain bermula dari bahasa pengaturcaraan komputer. Laman sesawang https://code.org/minecraft menyediakan tutorial yang sangat mudah difahami dan dipraktikkan tanpa menggunakan kod pengaturcaraan yang susah. Peserta hanya menggunakan template permainan yang telah disediakan dengan hanya memasukkan lagu pilihan, baca arahan yang diberikan dan masukkan blok pengaturcaraan ke ruang kerja yang disediakan. Pelbagai lapisan golongan boleh mencuba program ini dan ia seterusnya memupuk daya kreatif dan inovatif kepada peserta dalam menyelesaikan permasalahan secara kritis. Dengan hanya sedikit bimbingan dari petugas, peserta telah dapat memahami cara penghasilan projek tersebut.