Tarikh  : 24 Julai 2021 (Sabtu)
Masa    : 9.00 pagi – 05.00 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 9 orang

 

Tujuan :

Untuk membantu para usahawan dari gabungan PIK dalam memantapkan kemahiran keusahawanan serta meningkatkan jualan dalam pemasaran secara atas talian.

 

Aktiviti :

E-dagang adalah proses membeli dan menjual produk dengan cara elektronik seperti aplikasi mudah alih dan Internet. E-dagang juga merujuk kepada kedua-dua runcit dan membeli-belah dalam talian serta transaksi elektronik. E-dagang telah meningkat populariti sejak beberapa dekad yang lalu dan dengan cara ini, ia menggantikan kaedah tradisional. Petugas PIK telah mengambil inisiatif dengan membuat sesi perkongsian ilmu mengenai platform e-dagang seperti Lazada, Shopee dan Yezza. Bermula dengan sesi pembukaan akaun penjual sehinggalah ke proses memasukkan produk ke kedai, peserta telah dapat memanfaatkan kaedah penjualan barangan secara atas talian dengan lebih cepat, efektif dan mudah. Selain itu, peserta telah dapat menjimatkan kos pengurusan kedai secara fizikal, usahawan dalam talian dapat mengumpulkan sejumlah besar pengguna untuk memastikan dalam menyasarkan orang yang tepat untuk pembelian produk usahawan. Ini merendahkan kos pemerolehan pelanggan dan membolehkan perniagaan dalam talian e-dagang kekal sangat tangkas. Selain itu, pengurusan inventori juga automatik dan juga menjadi semakin canggih, memudahkan usahawan untuk menguruskan perniagaan secara atas talian. Banyak faedah yang diperoleh peserta melalui kelas yang telah diadakan dan sedikit sebanyak telah membantu usahawan dalam meneruskan kelangsungan perniagaan.

Gambar disini