Tarikh : 2 Ogos 2021 (Isnin) Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu Peserta: 5 orang |
Tujuan :
- Untuk mengukuhkan asas kemahiran keusahawanan dalam perniagaan secara atas talian serta untuk mengembangkan lagi perniagaan secara digital serta serta meningkatkan jualan produk atau perkhidmatan
Aktiviti :
Kempen PUPUK @ Shopee adalah kerjasama berterusan antara Shopee dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dari bulan Julai hingga Disember 2021. Sebanyak 1,000 usahawan Mikro akan dibimbing oleh Shopee untuk meningkatkan penjualan mereka di platform digital mereka. Melalui tempoh kempen ini, SKMM akan memberikan sokongan dalam bentuk bantuan kewangan yang akan ditukar menjadi baucar diskaun, baucar kedai, dan baucar penghantaran percuma kepada pengusaha yang mengambil bahagian dalam kempen ini. Para usahawan dari PIK Kuala Klawang telah menyertai kempen ini bagi merebut peluang ini sebagai penjual di platform Shopee dengan mengikuti kelas dalam talian sebagai langkah untuk meningkatkan jualan selain menambah ilmu pengetahuan dalam perniagaan e-dagang. Dalam sesi Shopee Universiti Asas: Mulakan Bisnes e-Dagang anda bersama Shopee x MCMC di laman sesawang https://app.livestorm.co/shopee-my/shopeeuni-asas-x-mcmc?type=detailed , para usahawan belajar dari cara mengakses Seller Centre sehinggalah membuat penjualan produk di Shopee.