Tarikh : 12 Ogos 2021 (Khamis) Masa : 2.00 petang – 4.00 petang Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu Peserta: 5 orang |
Tujuan :
- Untuk memupuk minat mendalam peserta terhadap bidang perniagaan yang diceburi serta digabungkan dengan memantapkan kemahiran fotografi dan videografi dalam membuat pemasaran secara digital serta untuk memberi aspirasi dan inspirasi dalam mencuba sesuatu yang baru dalam mengubah norma kehidupan biasa
Aktiviti :
Selebriti media sosial, Khairul Aming (entrepreneur and content creator) cukup terkenal dalam kalangan pengguna Instagram kerana menyajikan video-video masakan ringkas yang mudah diikuti oleh para penonton. Perkongsian videonya menjadi rujukan semua golongan jika buntu untuk memasak menu untuk dimakan. Beliau telah mengeluarkan produk pertamanya iaitu Sambal Nyet Berapi yang telah dijual secara atas talian di Shopee. Khairul Aming bijak menggunakan strategi dengan menceritakan segala perjalanan dalam memulakan perniagaan Sambal Nyet di Instagram dengan visual yang menarik. Beliau membina nama bertahun-tahun dengan berkongsi resepi menarik kepada orang ramai secara percuma dan pastinya sangat memberi manfaat kepada dirinya dan orang lain. Pelbagai kaedah yang digunakan untuk membina reputasi dalam perniagaan secara atas talian ini melalui sesi perkongsian yang telah berlangsung. Selain minat yang mendalam dalam dunia fotografi dan masakan, beliau mencipta peluang perniagaan serta telah memberi inspirasi kepada semua peringkat umur dalam menceburi bidang ini. Selain itu, perkongsian ilmu dalam meningkatkan potensi dalaman diri oleh panel undangan yang lain seperti Syed Ilyas ( CEO and Director Sugar & I), Vicky Kek ( Brand Manager, Nestle) dan Steffi Sarge Kaur (National Football and Futsal Player) telah sedikit sebanyak membantu dalam memberi keyakinan diri untuk melangkah ke bidang yang baru.