Tarikh  : 14 Ogos 2021 (Sabtu)
Masa    : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 5 orang

 

Tujuan :

  • Untuk memberi input serta ilmu cara-cara penjual mempromosikan dan memasarkan kedai Shopee serta untuk mempelajari akan kriteria-kriteria untuk menjadi Penjual Pilihan serta mengenal pasti alat untuk menambah baik prestasi kedai Shopee

 

Aktiviti :

Kempen PUPUK @ Shopee adalah kerjasama berterusan antara Shopee dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dari bulan Julai hingga Disember 2021. Sebanyak 1,000 usahawan Mikro akan dibimbing oleh Shopee untuk meningkatkan penjualan mereka di platform digital mereka. Melalui tempoh kempen ini, SKMM akan memberikan sokongan dalam bentuk bantuan kewangan yang akan ditukar menjadi baucar diskaun, baucar kedai, dan baucar penghantaran percuma kepada pengusaha yang mengambil bahagian dalam kempen ini. Para usahawan dari PIK Kuala Klawang telah menyertai kempen ini bagi merebut peluang ini sebagai penjual di platform Shopee dengan mengikuti kelas dalam talian sebagai langkah untuk meningkatkan jualan selain menambah ilmu pengetahuan dalam perniagaan e-dagang. Dalam sesi Shopee Universiti Pertengahan: Petua Pemasaran untuk Kedai Shopee Anda x MCMC di laman sesawang https://app.livestorm.co/shopee-my/shopeeuni-pertengahan-mcmc?type=detailed , para usahawan belajar bagaimana menambah baik prestasi kedai dan operasi seperti dekorasi kedai, iklan Shopee, kempen Shopee, Webchat, tawaran Bundle dan tambahan serta lain-lain lagi.

Gambar disini