Tarikh  : 17 Ogos 2021 (Selasa)
Masa    : 2.00 petang – 5.00 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan :

  • Untuk memberi kesedaran kepada komuniti tentang kepentingan memeriksa label MCMC bagi menjamin keselamatan pengguna, serta untuk membantu peserta dalam mempromosikan produk dalam platform e-dagang Shopee disamping meningkatkan jualan perniagaan.

 

Aktiviti :

Label MCMC pada peralatan komunikasi tu sangat penting. Peralatan komunikasi tanpa label MCMC boleh menyebabkan gangguan kepada sambungan wayarles atau peralatan tidak berfungsi dengan sempurna, tetapi yang lebih membimbangkan sama ada ianya selamat untuk digunakan ataupun tidak. Inisiatif dari MCMC ini menyeru supaya masyarakat memeriksa label MCMC pada peralatan komunikasi terlebih dahulu sebelum membuat pembelian. Ada label, barulah selamat. Petugas berkongsi pautan https://www.youtube.com/watch?v=nFj5ssIxH-w dan video yang dipaparkan amat mudah difahami oleh semua golongan komuniti. Seterusnya, petugas turut membuat perkongsian mengenai Cara Buat Harga Voucher Shopee dan menjadikan pautan https://www.youtube.com/watch?v=acqyXFohYcI sebagai rujukan. Walaupun terdapat perubahan tetapan pada Shopee Seller Centre mengikut waktu semasa tetapi video yang dipaparkan tetap boleh menjadi asas panduan dalam membuat perubahan tetapan pada Shopee. Tujuan pembelajaran membuat baucer produk adalah mempromosikan produk yang terdapat dalam kedai Shopee. Selain dekorasi kedai yang cantik, tawaran istimewa daripada penjual seperti baucer dan diskaun yang baik mampu menarik minat pelanggan untuk membeli produk tersebut. Sesi soal jawab ringkas bagi membantu peserta untuk memahami video dengan lebih baik.

Gambar disini