Tarikh  : 18 Ogos 2021 (Rabu)
Masa    : 2.00 petang – 5.00 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 3 orang

 

Tujuan :

  • Untuk memberi perkhidmatan yang lebih efisyen serta menjimatkan masa, kos dan bahan untuk komuniti, menjadikan Pusat Internet Komuniti sebagai pusat perkhidmatan setempat serta untuk memperkasakan Pusat Internet Komuniti (PIK)

 

Aktiviti :

BLESS 2.0 adalah singkatan daripada Business Licensing Electronic Support System atau Sistem Pelesenan Perniagaan Malaysia.  BLESS adalah portal perkhidmatan secara atas talian yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan para peniaga yang ingin memulakan atau menjalankan perniagaan di Malaysia dengan  menyediakan sistem penghantaran secara atas talian bagi permohonan lesen/ kelulusan/ permit serta sistem pengesanan secara atas talian bagi mengesan status permohonan yang dibuat menerusi BLESS. EzBiz adalah pendaftaran perniagaan dalam talian yang disediakan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk membenarkan pengguna bagi melakukan pendaftaran baru, mendaftar perubahan, menamatkan perniagaan dan membeli maklumat perniagaan. Kedua-dua kaedah ini adalah cara alternatif "di kaunter" urus niaga yang mudah, cepat dan percuma serta ianya tersedia 24 jam sehari, 7 hari seminggu dengan mengakses laman sesawang https://bless2.bless.gov.my/bless2 dan  https://ezbiz.ssm.com.my .  Penggunaan internet yang meluas dalam urusan seharian terutamanya yang membabitkan agensi kerajaan telah membuka peluang petugas PIK dalam membantu komuniti menyelesaikan tugasan tersebut secara atas talian tanpa perlu ke pejabat berkenaan.

Gambar disini