Tarikh  : 22 Ogos 2021 (Ahad)
Masa    : 10.15 pagi – 3.00 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 3 orang

 

Tujuan :

  • Menawarkan pendidikan alaf baru yang telah diperkasakan dengan datangnya norma baru bagi kemudahan komuniti setempat, Pusat Internet Komuniti bergerak seiring dengan tuntutan baru dengan menyediakan Kelas Tuisyen secara atas talian dengan harga yang berpatutan, mempromosikan kemudahan dan perkhidmatan yang ada di PIK Kuala Klawang, memberikan perkhidmatan E-Tuisyen kepada para pelajar bagi mengukuhkan tahap pemahaman di luar kelas serta untuk memberikan kelebihan dan kebaikan kepada komuniti luar bandar terutama sekali pelajar sekolah rendah dan menengah untuk mendapatkan kelas tambahan yang berkualiti dalam subjek-subjek yang terpilih

 

Aktiviti :

Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan kepada pelajar yang terlibat mengenai e-Tuisyen dan sesi pembelajaran adalah menggunakan Aplikasi Zoom Meeting. Petugas memberi tunjuk ajar dan penerangan cara-cara untuk menggunakan Aplikasi Zoom Meeting serta  menyediakan nota kelas sebagai rujukan dan latihan kepada pelajar yang terlibat. Petugas telah membuat pemantauan sepanjang kelas e-Tuisyen ini berlangsung di PIK. Bagi peserta yang menjalankan sesi e-Tuisyen di rumah, petugas turut mendapatkan maklum balas jika ada permasalahan yang dihadapi oleh pelajar semasa sesi kelas atas talian berlangsung.

Gambar disini