Tarikh  : 3 September 2021 (Jumaat)
Masa    : 10.00 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan :

  • Untuk mendidik pengguna agar menyemak kesahihan berita dari sumber yang yang sahih dan benar serta untuk mendedahkan penggunaan kurier pilihan secara atas talian yang menggunakan pembayaran yang lebih selamat

 

Aktiviti :

Laman portal Sebenarnya.my adalah sebuah portal yang mahu memaklumkan kesahihan berita yang tular di media sosial. Ia adalah salah satu usaha dari kerajaan yang dilancarkan oleh SKMM untuk mengekang penyebaran berita palsu. Amalan 5J turut dikongsikan oleh petugas iaitu JANGAN sebar secara copy & paste, JANGAN sebar kerana sharing is caring, JANGAN sebar dengan harapan orang lain tolong selidik dan semak kesahihannya, JANGAN sebar kalau baik tu baiklah, kalau salah tu boleh minta maaf je dan JANGAN sebar cerita yang bukan dari mulut orang itu sendiri. Perkongsian di laman sesawang https://www.youtube.com/watch?v=v-E2R3tumL8 sangat memberi manfaat kepada peserta. Seterusnya, petugas membuat perkongsian cara-cara mengepos barang dengan mudah menggunakan EasyParcel di laman sesawang https://www.youtube.com/watch?v=KrSS1uXTzOU . Hanya memasukkan maklumat barangan yang hendak di pos, pilih kurier yang dikehendaki, isi maklumat penghantaran dan seterusnya daftar keluar dan bayar secara atas talian. Penggunaan EasyParcel amat memudahkan para peniaga untuk membuat penghantaran barangan secara lebih pantas dan selamat.

Gambar disini