Tarikh  : 8 September 2021 (Rabu)
Masa    : 2.30 pagi – 5.30 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan :

  • Untuk memberi kesedaran akan tanggungjawab memelihara alam sekitar dengan mempraktikkan amalan kitar semula atau melupuskan barangan/ peranti elektronik dengan kaedah yang betul serta untuk membantu peserta dalam membuat kad perniagaan dengan mudah dan bermodalkan minima sahaja bagi peniaga pemula.

 

Aktiviti :

Kempen yang dilancarkan oleh SKMM ini adalah bagi memelihara sumber asli, mengelakkan pencemaran, mengurangkan perubahan cuaca serta mengurangkan pembaziran akibat pembuangan barangan atau peranti elektronik secara tidak terkawal. Kesedaran dan tindakan sekarang adalah menjamin kelangsungan serta kelestarian alam bagi generasi masa hadapan. Laman sesawang yang dikongsikan oleh petugas iaitu https://www.youtube.com/watch?v=hHtFF4oa31g amat dekat di hati pengguna dan sangat mudah difahami serta dipraktikkan. Seterusnya, petugas membuat perkongsian ilmu tentang membuat kad perniagaan hanya menggunakan Microsoft Word sahaja. Dalam https://www.youtube.com/watch?v=Km_cpOhOQjw , saluran Youtube dari Gogoprint Thailand menerangkan 4 langkah mudah dalam membuat kad perniagaan ini iaitu cara menyediakan dokumen, mengaplikasikan elemen grafik di muka depan dan belakang kad perniagaan serta menyimpan dan mencetak kad tersebut. Tutorial ini sangat sesuai untuk peserta merekacipta sendiri kad perniagaan tersebut mengikut citarasa dan jenis perniagaan yang dijalankan.

Gambar disini