Tarikh  : 13 September 2021 (Isnin)
Masa    : 9.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 3 orang

 

Tujuan :

  • Untuk memberi perkhidmatan yang lebih efisyen serta menjimatkan masa, kos dan bahan untuk komuniti, menjadikan Pusat Internet Komuniti sebagai pusat perkhidmatan setempat, serta untuk memperkasakan Pusat Internet Komuniti (PIK)

 

Aktiviti :

MyeTaPP adalah Sistem Pengurusan Tanah Persekutuan dan Pembahagian Pusaka Online. Petugas telah membantu pengguna untuk membuat Permohonan Pembahagian Pusaka Kecil di Bawah Seksyen 8 secara atas talian iaitu dengan memasukkan maklumat penuntut pembahagian harta alih serta harta tak alih. Seterusnya, petugas membantu pengguna yang lain untuk membuat Permohonan Lanjutan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) atas talian di laman sesawang rasmi ePLKS@JIM (Jabatan Imigresen Malaysia) dengan memasukkan maklumat lengkap berkenaan pekerja asing yang bekerja di bawah seliaan majikan tersebut. Selain itu, pengguna menggunakan khidmat dari petugas dalam membantu membuat i-Akaun Pendaftaran Keahlian kali pertama di laman sesawang https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login  serta mengajar pengguna untuk memuat turun aplikasi i-Akaun dari Google Play bagi pengguna Android.

Gambar disini