Tarikh  : 23 September 2021 (Khamis)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

  • Untuk mendidik pengguna mengenai kaedah mudah untuk menyemak kesahihan label MCMC dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman sesawang yang telah tersedia serta untuk membantu peserta dalam menjana pendapatan sampingan.

 

Aktiviti:

Laman sesawang https://www.youtube.com/watch?v=ZSvalRQzbEk yang telah dikongsikan oleh petugas adalah berkenaan langkah-langkah mudah untuk menyemak status pemerakuan peralatan komunikasi di aplikasi Check Your Label dengan hanya memuat turun aplikasi Check Your Label di Apple App Store atau GooglePlay Store. Kempen ini telah diwujudkan bagi memberi kesedaran kepada pengguna tentang pentingnya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC yang sah. Kempen ini juga bertujuan untuk mendidik pengguna mengenai kaedah mudah untuk menyemak kesahihan label MCMC dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman sesawang https://cyl.mcmc.gov.my/EN/home.aspx . Check using IMEI atau Check using product serial number adalah kemudahan yang terdapat dalam aplikasi Check Your Label ini. Seterusnya, petugas berkongsi ilmu bagaimana cara buat dan edit gambar passport sendiri hanya dengan Powerpoint di saluran Youtube PiTutorial, https://www.youtube.com/watch?v=fJZSWa4G3eQ . Penggunaan tools seperti remove background, crop, simple frame, format pictures, dimension adjustment dan saving and printing mode yang diterangkan dalam video sangat mudah difahami. Kaedah ini sangat sesuai bagi peserta yang ingin menjalankan kerja sampingan dengan membuat gambar passport bajet untuk komuniti.

 

Gambar disini