Tarikh  : 01 Oktober 2021 (Jumaat)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 4 orang

 

Tujuan :

  • Untuk memberi perkhidmatan yang lebih efisyen serta menjimatkan masa, kos dan bahan untuk komuniti, menjadikan Pusat Internet Komuniti sebagai pusat perkhidmatan setempat serta untuk memperkasakan Pusat Internet Komuniti (PIK)

 

Aktiviti :

Para peserta telah mendapatkan bantuan daripada petugas dalam mengakses aplikasi kerajaan secara atas talian di Pusat Internet Komuniti. CIDB Malaysia (https://www.cidb.gov.my/ms) adalah kaedah pemudah cara untuk semua kontraktor samada tempatan atau asing untuk berdaftar atau mengemaskini maklumat dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) atau CIDB. Pendaftaran MySejahtera Check-In adalah untuk perniagaan, premis, pengangkutan awam dan lain-lain, bagi mendapat dan memaparkan Kod QR MySejahtera manakala Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) merupakan sistem yang disediakan berasaskan proses kerja untuk kegunaan semua Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) khususnya Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di Malaysia secara lebih efisien dan teratur seperti permohonan kursus pra-perkahwinan, permohonan kebenaran nikah, pendaftaran nikah sehinggalah kepada proses perceraian, rujuk dan rundingcara. Bagi peserta yang mahir, petugas hanya membantu dalam memuatnaik dan mencetak dokumen.

Gambar disini