Tarikh  : 05 Oktober 2021 (Rabu)
Masa    : 10.00 pagi– 1.00 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 15 orang

 

Tujuan :

  • Untuk memberi pengetahuan kepada peserta kesan-kesan penggunaan peranti tanpa semak label MCMC serta untuk membantu peserta meningkatkan pengetahuan dalam penggunaan aplikasi secara atas talian bagi mempromosikan perniagaan dalam skala kecil.

 

Aktiviti :

Kempen Check Your Label Malaysia ini adalah untuk mendidik pengguna supaya sentiasa berhati-hati dalam membuat pembelian sebarang peranti baharu dengan memeriksa label MCMC terlebih dahulu. Penggunaan peralatan elektronik dalam kehidupan seharian seperti dalam aktiviti kesihatan, pengurusan rumah tangga, perniagaan atas talian, pekerjaan professional dan sebagainya memerlukan perhatian daripada pengguna supaya lebih peka dalam membuat pemeriksaan label MCMC sebelum membeli bagi menjamin tiada gangguan frekuensi dan kecekapan peranti semasa menggunakannya. Perkongsian video oleh petugas di laman sesawang https://www.youtube.com/watch?v=r0aZ_4vqlZQ memudahkan pemahaman para peserta. Seterusnya, petugas berkongsi video ‘Cara Nak Buat E-Kad guna Canva’ di laman sesawang https://www.youtube.com/watch?v=WTsQizYX25g . Bermula dari cara pemasangan aplikasi Canva dalam telefon pintar sehinggalah cara-cara membuatnya. Penggunaan template yang sedia ada sangat memudahkan pengguna mempraktikkan tanpa memerlukan kemahiran yang tinggi dalam mereka cipta. Petugas membantu peserta dalam memberi pemahaman tentang cara-cara mengubah suai tulisan, gambar, meletakkan grafik dan sebagainya sesuai dengan konsep yang peserta inginkan. Kaedah ini sangat sesuai bagi usahawan yang menghargai pelanggan dengan memberi kad penghargaan secara elektronik disamping membuat promosi perniagaan dengan skala kecil dan berterusan.

Gambar disini