Tarikh : 20 Oktober 2021 (Rabu) Masa : 3.00 petang– 5.30 petang Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu Peserta: 15 orang |
Tujuan :
- Untuk mendidik pengguna agar memelihara bumi dengan mengitar semula peranti elektronik yang telah rosak ke tempat yang sewajarnya serta untuk membantu peserta mempelajari kaedah pengurusan pengeposan barangan secara atas talian
Aktiviti :
Peranti berasaskan sim seperti telefon bimbit, telefon pintar, tablet, pengecas, aksesori telefon dan lain-lain lagi yang telah rosak atau tidak digunakan lagi boleh dikitar semula dan dihantar ke pusat pengumpulan Mobile e-Waste di mana-mana Pusat Intenet Komuniti di seluruh negara. Inisiatif ini dapat membantu dalam menyelamatkan bumi serta dapat memelihara kelestarian alam sekitar untuk masa hadapan. Mobile e-waste: Selamatkan Bumi, Kitar Semula Telefon Anda di laman https://www.youtube.com/watch?v=6CqPPZ7qDp0 adalah salah satu platform kempen kesedaran secara digital dan mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat. Seterusnya, petugas membuat perkongsian ringkas berkenaan Cara Mudah Pos Barang Menggunakan Apps J&T Express di laman sesawang https://www.youtube.com/watch?v=O1ybJNQwT1I . Video ini secara ringkasnya menerangkan cara-cara penggunaan aplikasi J&T seperti cara buka akaun untuk pemula iaitu pendaftaran kali pertama, mengisi butiran pengirim serta penerima, maklumat barangan yang ingin dipos, kaedah pembayaran dan pengeposan bagi barang tersebut. Aplikasi ini telah mempercepatkan proses pengeposan barangan kerana hanya menggunakan QR code serta memudahkan urusan di kaunter dan menjimatkan masa jika perlu mengepos kuantiti barang yang banyak.