Tarikh : 26 Oktober 2021 (Selasa) Masa : 9.00 pagi– 5.00 petang Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu Peserta: 27 orang |
Tujuan :
- Untuk mendidik masyarakat melalui program advokasi SKMM dalam memupuk pembudayaan penggunaan internet secara positif dan berhemah, untuk membantu peserta dalam pembelajaran asas teknologi maklumat ICT dan cara mengakses aplikasi HRMIS 2.0 serta untuk mempromosikan PIK sebagai pusat sehenti pembelajaran untuk komuniti
Aktiviti :
Bengkel Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Bagi Tahun 2021 anjuran JKR Jelebu dengan usahasama Pusat Internet Komuniti diadakan untuk para pekerja JKR bertujuan untuk mempertingkatkan prestasi dan motivasi pegawai, mengenalpasti potensi pegawai, kemajuan kerjaya seperti kenaikan pangkat, latihan, penempatan dan pembangunan pegawai, anugerah perkhidmatan cemerlang/ bintang kebesaran/ surat penghargaan serta penentuan pergerakan gaji pekerja. Petugas turut menyampaikan program advokasi SKMM dalam mendidik dan meningkatkan kesedaran komuniti mengenai penggunaan internet yang berhemah serta mempromosikan fungsi serta perkhidmatan yang disediakan oleh PIK. Selain itu, petugas turut memberi khidmat bakti dalam membantu peserta menggunakan komputer serta memberi panduan dalam mengisi dan mengemaskini maklumat di pautan https://hrmis2.eghrmis.gov.my/HRMISNET/Common/Main/Login.aspx . Program ini telah berjaya dilaksanakan serta terkawal dan semua peserta dapat mematuhi segala SOP yang telah diperuntukkan oleh KKM dan SKMM bagi mengekang penularan wabak covid-19.