Tarikh  : 3 November 2021 (Rabu)
Masa    : 2.30 petang– 5.30 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 3 orang  

 

Tujuan :

  • Untuk memberi perkhidmatan yang lebih efisyen serta menjimatkan masa, kos dan bahan untuk komuniti, menjadikan Pusat Internet Komuniti sebagai pusat perkhidmatan setempat serta untuk memperkasakan Pusat Internet Komuniti (PIK).

 

Aktiviti :

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia adalah salah satu jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri, iaitu badan utama kerajaan yang mengawasi pendaftaran sesebuah pertubuhan. Seiring dengan perkembangan pendigitalan perkhidmatan kerajaan, peserta telah dibimbing oleh petugas PIK untuk membuat pendaftaran kali pertama di pautan https://www.eroses.gov.my . Pelbagai maklumat pertubuhan seperti pindaan perlembagaan, penyata tahunan, maklumat AJK dan sebagainya diperlukan bagi melengkapkan proses permohonan pertubuhan persatuan kebajikan ini. Peserta turut diajar menggunakan pembayaran melalui FPX Transfer. Untuk proses kemaskini SSM, peserta telah diajar untuk membuat perubahan maklumat perniagaan iaitu menukar alamat utama perniagaan dan membuat secara atas talian. Kaedah ini sangat praktikal dan proses pendaftaran serta pengemaskinian maklumat adalah lebih singkat.

Gambar disini