Tarikh  : 10 November 2021 (Rabu)
Masa    : 2.30 petang– 5.30 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang  

 

Tujuan :

  • Untuk memberi pengetahuan kepada komuniti dan langkah-langkah pencegahan jenayah terhadap kanak-kanak serta untuk membina pelbagai kemahiran dari segi grafik dan animasi kepada peserta bagi tujuan mempromosikan produk serta perniagaan

 

Aktiviti :

Pautan https://www.youtube.com/watch?v=JjKG8unZctk ini memaparkan informasi berkenaan pengantunan dalam talian iaitu tindakan pemangsa bermesra dengan kanak-kanak atau mereka yang masih muda untuk tujuan jenayah termasuk seksual. Kempen Klik Dengan Bijak (KDB) ini merupakan inisiatif keselamatan internet oleh SKMM dalam mempromosikan penggunaan internet secara positif di kalangan rakyat Malaysia berdasarkan 3 teras; Selamat, Waspada dan Tanggungjawab. Dengan menitikberatkan prinsip-prinsip Rukun Negara, program ini merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab semua komuniti terutamanya golongan ibu bapa untuk melindungi anak-anak daripada menjadi mangsa kes pengantunan ini. Seterusnya, petugas berkongsi laman sesawang https://www.youtube.com/watch?v=rJX7Q_Nc3pc iaitu tutorial mudah untuk membuat animasi menggunakan aplikasi Flipaclip. Bermula dengan membuat lakaran kasar animasi, pengemasan watak dengan mengehadkan keyframe animation, proses pewarnaan dan sebagainya. Bagi peserta pemula akan merasa sedikit kekok untuk membiasakan diri menggunakannya. Pembelajaran ini sangat menarik untuk dipelajari terutamanya usahawan dalam memvariasikan kaedah promosi perniagaan dengan gaya yang lebih terkini dan sesuai untuk tatapan semua peringkat umur.

Gambar disini