Tarikh  : 15 November 2021 (Isnin)
Masa    : 10.00 pagi– 1.00 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang  

 

Tujuan :

  • Untuk memberi pendedahan kepada pengguna agar menggunakan saluran yang betul dalam membuat aduan berkaitan komunikasi serta untuk membantu peserta dalam menjana pendapatan dalam bidang karya penulisan kreatif

 

Aktiviti :

MCMC Complaint Portal adalah medium platform kepada pengguna untuk membuat sebarang aduan berkaitan permasalahan telekomunikasi, penyiaran, perkhidmatan pos/ kurier, perkara berkaitan USP dan lain-lain ke agensi SKMM. Sistem Aduan MCMC, https://aduan.skmm.gov.my adalah salah satu inisiatif SKMM dengan menyediakan saluran komunikasi menerusi internet untuk kemudahan pengguna membuat aduan kepada Suruhanjaya mengenai isu berkaitan sektor komunikasi. Laman sesawang https://www.youtube.com/watch?v=i4Yy3zaJ8Mg ini menerangkan serba ringkas penggunaan portal aduan MCMC dan ianya sangat mudah untuk difahami. Perkongsian ilmu di pautan https://www.youtube.com/watch?v=yXCoiTq7E10 memberi sumbangan idea keusahawanan kepada peserta dalam menjadikan bidang penulisan sebagai salah satu sumber untuk menjana pendapatan sendiri. Pelbagai tips dan kaedah penulisan dikongsikan dalam video ini seperti proses mengenal pasti genre buku yang ingin dihasilkan, sasaran pembaca, jenis penerbitan, cara menggunakan word formatting, pemilihan gambar yang mempunyai resolusi tinggi dan sebagainya. Informasi yang diberikan dalam video memberi input yang sangat berguna bagi peserta yang meminati bidang penulisan dalam menggunakan saluran yang betul untuk menerbitkan hasil karya kepada umum.

Gambar disini