Tarikh  : 25 November 2021 (Khamis)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

  • Untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada pengguna agar lebih prihatin serta bertanggungjawab dalam mengendalikan sebarang penggunaan teknologi serta memperkenalkan sistem kurier lain yang boleh peserta pilih bagi melancarkan proses penghantaran barangan kepada pelanggan.

 

Aktiviti:

Kebergantungan teknologi sedia ada dalam menguruskan kehidupan seharian telah sedikit sebanyak mengundang pada kebocoran data peribadi seseorang. Perkongsian info di pautan https://www.youtube.com/watch?v=QJzCQihpcqM memberi pendedahan dan kesedaran kepada pengguna agar lebih prihatin serta bertanggungjawab dalam mengendalikan sebarang penggunaan teknologi bagi mengelakkan hak privasi pengguna dicerobohi oleh orang luar. Aplikasi telefon, media sosial, laptop/ komputer, kamera litar tertutup dan smart television adalah antara teknologi yang boleh digunakan oleh penggodam untuk melakukan pengintipan sebarang maklumat dan aktiviti yang pengguna lakukan. Adalah menjadi keperluan kepada pengguna supaya lebih berhati-hati dalam membuat perkongsian serta melakukan aktiviti siber yang selamat. Seterusnya, petugas berkongsi laman sesawang https://www.youtube.com/watch?v=ev8OZAXsHgs iaitu cara-cara untuk menggunakan sistem ABX untuk iRyder. Video ini menerangkan fungsi consignment iaitu memasukkan maklumat pelanggan dan syarikat serta proses My Shipment iaitu berkenaan label pengeposan. Kaedah ini sama seperti menggunakan sistem kurier yang lain dan ianya bergantung pada tahap efisien dan syarikat kurier yang ada di sekitar komuniti. Secara tidak langsung, usahawan secara atas talian mempunyai pelbagai pilihan kurier dalam mengepos barang pelanggan serta dapat menjalin kepercayaan pelanggan jika berpuas hati dengan perkhidmatan kurier pilihan peniaga.

Gambar disini